"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Friday, March 7, 2014

Hati wanita terluka Liyana Manan

Salam,
Hi...

Malam2 ini baru ada masa update blog,biasalah anak diutamakan dulu...bila anak2 dah still n Tido..barulah ingat kat blog...Ok,now nak cerita pasal apa yeah..
Oh yeah,skg ini heboh pasal artis rampas suami org...

Wah..makin heboh cerita pasal c hanez,kesian..kesian...
itulah jangan main api..Tp degil juga nak main api...so now tak pasal2 satu malaysia caci ko..
lagi2 sekarang ini wujudnya FB menyokong Liyana Manan..
Klu Liyana manan ini artis rasa2 dah top skg ini,punyalah ramai pengikutnya...so,NAH ambik ko Hanez...
Sampai Chef Wan,Imam muda dan rakan2 artis yg lain pun p tegur...MALUNYA...
Rasa2nya klu c Hanez ini jln kaki ke kedai yg jarak depan umah aje...mungkin abis kena baling batu atau sebagainya...Adui...
Sepatutnya kita sesama Wanita memahami sesama kita,bertapa sakitnya hati bila orang yang kita sayang dirampas atau pergi meningalkan kita,sedihkan...
Ini tak,kita sesama kita pula berbala untuk seorg Lelaki yang tak berguna..
ai...sedih..sedih..

Tapi memang dah lumrah..
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik..
Wanita yang tak baik untuk lelaki yang sama mcm wanita itu jg...hehehe..



( sedih tgk pic ini,simpati kat Liyana Manan)


Ketika Hati Itu Terluka

Ketika hati seorang wanita terluka,
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang wanita terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang wanita terluka,
hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang wanita terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang wanita terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang wanita terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang wanita terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang wanita terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar

Ketika hati seorang wanita terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang wanita terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang wanita terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang wanita terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang wanita terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang wanita terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang wanita terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang wanita terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang wanita terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang wanita terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..



Tuesday, March 4, 2014

JODOH

Salam,

Hi,dengan wajah baru....lama dah tak update blog,gitu2 aje kesian blog kita. 

Oh yah cerita pasal update blog...baru saya perasaan..rupa2nya tahun lalu 2013 hanya 5 post aje aku update..nampak sgt bz tahun itu..yeahlah mana tak bz,time itu mengandung jd byk kali kena p klinik kena2  hb tinggi..so dlm 1 week kita p klinik n pakar..adui letih juga klu dingat balik,itu yg blog jadi terbiar..

Ok back to tajuk utama itu JODOH..
Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Jodoh,kita tak tahu dgn siapa jodoh kita...n kita tak sangka jodoh kita dgn org itu..sdgkan kita pernah berkawan atau benci org itu...Macam aku, aku tak sangka Jodohku dengan suamiku (Ahmad Shaiful )...
aku jumpa suamiku time belajar kat U,kami satu jurusan...masing2 tak berpandang...siap berkutu sakan lagi,pernah suami kutu kita gelap,mana tak gelap main bola jaring di tghari,gitu juga aku macam2 aku kutu suami...hehehe. Time itu suami memang tak pandang yeah akukan rock sikit n time itu dah ada bf..jd konon setialah,Tapi bezanya suami ku time itu tak ada gf pula tp klu perminat jgn ckplah memang banyak..tahu2lah org ada rupa,so jd rebutan perempuan U...Ok cerita sikit pasal bf kita time itu,kami kawan mahu 7 tahun tp namanya bukan jodoh.

Ok,nak di jdkan cerita kami start kenal time lakonan teater English...time itu satu group,dia (suami ) antara pelakon utama dan aku just urusetia aje.Disitulah detik bermulanya bibit2 cintalah konon..hehehe,
Dia (suami ) yang start dulu hin hin kita...tp time itu tak berapa layan yeahlah ada bf, Tp lama2 entah kenapa rasa kesian kat dia (suami ),tp kita dah bg tahu kita ada bf kat dia ( suami ),Dia (suami ) faham and ckp just kawan aje tak lebih..ok kita terimalah..Time kawan2 dgn Dia ( suami ),kita tgk gaya dia ( suami ) sgt baik n nampak sgt ambil berat kat kita dan kebetulan pula ada kerisis dgn bf itu yang buat kita pandang kat dia
( suami ).Kami start kawan sem 3 tahun ke 2,Lepas itu,kami ambil keputusan tunang sem akhir kejap ajekan....dr kawan terus tunang n kami kawin tahun 2009...Now,kami still bahagia bersama 2 cahayamata kami Ahmad Rafie Daniel (2 tahun) dan Annur Qamareena (3 bln).Bergitu kisah kami...

Bila kita fikir kembali, begitu cantik aturan Allah. Kita merancang, Dia juga merancang tetapi yang terbaik itu dari Dia.Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.


Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..
 
 

( suami yg baik bg tido anak..hehehe)

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.