Mata...Mata...Mata...
saya amat meniti beratkan pasal solekan mata,suka sgt tgk mata yang menawan.Masa time kahwin hari itu pun saya bg tahu tukang makeup tumpuhkan pada bahagian mata...kerana mata adalah segalahnya bagi saya....ini sedikit tips yang saya dapat dari atikel...mari kita kongsi bersama.
TIPS SOLEKAN MATA
Untuk solekan mata yang menarik pada majlis perkahwinan, pertunangan atau makan malam. Seeloknya anda memastikan penjagaan mata merupakan satu rutin harian anda. Pastikan anda mendapat tidur dan minuman yang cukup.
Mata merah.
Gunakan titisan mata untuk menghilangkan masalh ini. Pastikan titisan mata yang anda gunakan adalah dari jenis yang biasa anda pakai, untuk mnegelakkan iritasi jika anda bertukar kepada produk yang lain.
Mata Sembab
Gunakan hirisan timun atau bag teh yang sejuk untuk meredakan mata yang sembab. Kesan penyejukkan akan dapat meredakan bengkak yang anda hadapi.
Kalis Air.
Gunakan mascara yang kalis air, jenis ini tahan lebih lama dan tidak comot bila terkena airmata.
Jika anda tidak sukakan keadaan nya yang agak keras, gunakan satu lapis mascara biasa dan satu lapis lagi jenis kalis air untuk mencantikkan mata anda.
Celak Mata, @ Eyeliner
Charcoal, navy, atau mahogany adalah pilihan yang terbaik untuk trend masakini. Hitam dan Coklat nampak lebih biasa kini terutamanya jika majlis diadakan pada waktu siang (bukan majlis makan malam).
Pembayang Mata
Pembayang warna putih boleh digunakan sebagai highlighter pada tulang atas mata bagi kulit yang cerah , manakala rona peach dan vanilla akan nampak lebih anggun bagi yang berkulit lebih gelap.
Membentuk Kening
Bentukkan kening anda menggunakan pensil warna yang sepadan dengan bulu kening untuk kesan lebih dramatik.
Wednesday, April 14, 2010
fun online games - Play Carrot Raisin Cake Game
TANDA-TANDA BERBOHONG
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Berat Badan Sesuai
Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai:
Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.
Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.
Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu meminda berat badan sesuai seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.
OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda. Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.