"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Thursday, January 6, 2011

Disebalik Solekan


KUASA solekan memang hebat serta mampu melahirkan aura tersendiri pada wanita. Kepakaran yang ada pada juru solek sehingga mampu merubah gaya serta imej seseorang wanita merupakan satu hasil seni profesional yang perlu diberi pengiktirafan.

Manakan tidak, wajah yang penuh dengan titik hitam, parut jerawat dan cela semuanya boleh ditutup dengan teknik solekan asas yang betul.

Itu belum lagi skil membentuk mata yang kecil menjadi bulat, pipi yang tembam menjadi tirus atau hidung yang kecil menjadi mancung bak seludang.

Selain skil dan kepakaran, bahan solekan yang digunakan juga perlulah daripada bahan berkualiti serta yang telah terbukti mampu memberi kesan yang baik terhadap adunan warna yang telah ditetapkan mengikut tema solekan.

Umum mengetahui barang yang baik dan berkualiti sudah tentu mempunyai prestasi yang jauh berbeza daripada bahan solekan yang tidak begitu berkualiti. Umpama kereta dan petrol yang saling bergantung, begitulah juga solekan dan jurusolek. Tanpa asas atau teknik solekan yang baik, sudah tentu solekan tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,

"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

moral: mulakanlah setiap pekerjaan kita dgn BISMILLAH.....sesungguhnya besar kalimat ini disis Allah s.w.t