"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Thursday, February 3, 2011

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.





Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

KK Mari

Kota Kinabalu Mari

hi kembali..td br aje update tentag birtday girl budak 1 tahun...

ini nak bg tahu skg kat kk dah bersama dengan family hubbyku...adik bungso dia nak masuk mrsm kinarut,kk...jadi biasalah adik kesayang dia nak juga abg dia ada sebagai penguat semangatnya...

biasalah abg dia ini idola dia....

ini nak cerita sikit pasal penjalanan dari sandakan ke kota kinabalu...ambil masa 5 hingga 6 jam jugalah...tapi tak berapa rasa penat pasal cuaca mendung..tapi tak tahulah driver dia...i duduk kat set penumpang aje...hubby i yang drive..hehehe...kesian kat dia..

sampai aje kk terus p papar tempat family iparnya...nak jumpa budak comel juga DZAKWAN namanya..Comel gila...tapi sampai sana dzakwan tak berapa sihat...batuk kesian tgk dia...

lepas dari papar malam itu juga balik ke kk tido kat umah family saya kat UA 3...university apertment....mak,bapa n ela tido kat umah mentua ecik..

sampai aje umah semua dengan kerja masing2...nak tahu apa....?

TIDOR

Hari Jadi C Budak 1 Tahun

Hari Jadi C Budak 1 Tahun...




hi semua..
ini nak cerita sikit pasal sambutan hari jadi anak buah ku yang comel sangat...
namanya Sharifah Hani Farisah....dah masuk satu tahun dah dia....
biasalah atuk n nenak dia buat kenduri kesyukurannya...biasalah cucu pertama bah itu..semua pun sayang dia..



ramai juga yang dtg ke majlis kenduri kesyukurannya itu....

mak siap buat pulut kuning lagi itu dia..tapi keras nak potong...jadi tahu2 ajelah c birtday girl abis di kerjakan pulut itu..hehehe


jom kita tgk gelagatnya..hehehe comel sgt..

Tuesday, February 1, 2011

Blogku lawati

Antara Blog yang selalu lawat.....

hi semua....malam ini ada free sikit...hubbyku keluar jumpa kawan lama c baizul...kawan aku masa kat kolej dulu...lepas kolej kami masuk u yang sama jadi pula kawan baik hubbyku...boleh gam juga diorg ini,so tiada keja nak buat biasalah buat coretan kat blogku ini...yang sudah menjadi hobiku...oklah kasih tinggal cerita mereka...

ini pasal blog yang selalu aku lawat..aku suka berkunjung ke blog mereka ini banyak cerita dan tips yang berguna..best pula...tahu2 ajelah sejak berjinak2 dgn blog ini suka tgk blog org yang cun2 gila......

antara blog yang aku lawat:-

http://honeykoyuki.blogspot.com/

http://nurulain8888.blogspot.com/

http://www.dangobunny.com

http://qasehkuhoney.blogspot.com/

http://irinenadia.blogspot.com

http://cikepal06.blogspot.com


http://kisahlynna.blogspot.com/

ah...inilah antara blog yang selalu aku lawat....semua ada...




Monday, January 31, 2011

BANJIR OH BANJIR

BANJIR OH BANJIR OH RUMAH KITA NAIK AIR

salam semua..

berapa hari ini tak dapat nak update blog...pasal kawasanrumah dan taman aku kena BANJIR...aaaaaaahhhh..nak nagis pun ada...pada 29 januari itu kawasan aku naik air...sekarang ini tengah kemas rumah,abis banyak barang rosak...nak sakit pinggang dibuatnya...tapi aku bersyukur juga kerana matahari timbul juga setelah berapa hari hujan....syukur kepada tuhan..

waktu banjir itu,bandar sandakan jadi bandar yang penuh lumpur dan banyak tanah runtuh terjadi amat menakutkan....sampai ada kematian terjadi...mungkin ini semua petunjuk dari allah agar umatnya segera bertaubat....

tapi syukurlah semuanya selamat....

oklah sampai sini aje nak coretku...mari kita tgk gambar2 ini...