Kasih sayang Suami....
Bagi saya kalau kita saya sayang dan cintakan seseorang tu x semestinya hanya dengan perkataan
"I LOVE YOU" je...
tetapi melalui tingkah laku pun kita dah tau...cara layanannya..
saya tak tau mcam nak bagi tahu yang suami saya sayangkan saya,tapi yang dapat saya nyatakan kat sini dia memang terlalu sayangkan saya...kita kena yakin dengan kasih sayang suami kita,kalau kita rasa kita bahagia bersama suami kita,maka bahgialah kita,begitu la kalau sebaliknya..
dalam perkahwinan nie perlu ada persefahaman baru lah rumah tangga lebih bahagia dan kita akan lebih merasai kasih sayang sesama kita..perlu ada sikap tolak ansur antara kita...kalau kita nak suami kita memahami diri kita,kita kena la memahami suami kita sama..kita x boleh ada sikap penting diri..harta benda ni bukan lah ukuran untuk kasih sayang sesama kita..
Friday, May 7, 2010
Kebaikan Oatmeal
Beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa disebabkan kelarutan fibernya yang tinggi maka pengambilan oatmeal sehari boleh membantu menurunkan kolesterol darah dan menurunkan risiko penyakit jantung.
Kajian yang diketuai oleh pakar nutrisi Mohsen Meydani dari Universiti Tufts di Boston juga menunjukkan bahawa avenanthramida iaitu molekul antioksidan dalam oat, menghalang kemampuan kolesterol untuk melekat pada dinding arteri, sehingga mencegah pembentukan plak yang menyempitkan laluan di mana darah mengalir dan membahayakan kesihatan jantung.
Meydani dan rakan-rakan kini menyediakan indikasi tambahan terhadap faedah potensi kesihatan pada pengambilan oat dalam mencegah penyakit jantung koronari disamping efek yang telah diketahui menurunkan kolesterol darah.
Keradangan kronik di dalam dinding arteri adalah sebahagian dari proses yang akhirnya menjurus kepada gangguan yang dipanggil artherosklerosis. Artherosklerosis adalah keadaan di mana bahan berlemak terkumpul disepanjang dinding arteri. Bahan berlemak ini akan menebal, mengeras (membentuk pengumpulan kalsium) dan akhirnya boleh menyekat arteri.
Penemuan mereka mencadangkan bahawa avenanthramida pada oat menurunkan ekspresi proinflamatori sitokin. Sitokin adalah protien kecil yang dilepaskan oleh sel semasa proses melindung dan membaiki tisu. Sesetengahnya mencetuskan keradangan, contohnya semasa tindakbalas terhadap infeksi.
Mencegah keradangan melalui diet, ubat atau nutrien memberi faedah yang baik dalam mencegah arterosklerosis.
Kajian ini membantu meningkatkan reputasi oat sebagai makanan sihat untuk jantung.
Labels:
Info kesihatan
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..Terutama sekali kepada ibu aku, Laila Hj Hassan, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku..Tidak lupa juga kepada ibu mertuaku Asiah Hj. Ibrahim kerana melayan aku seperti anak sendiri.. Untuk semua, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan aku sempena hari ibu ini..
Selamat Hari Ibu
Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Labels:
Life saya
Subscribe to:
Posts (Atom)