"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Thursday, June 9, 2011

solekan cair ketika cuaca panas


Tidak kepada solekan cair ketika cuaca panas




Tips yang diberikan adalah untuk kebaikan. Kali ini kami menyediakan tips 8 Cara Elak Solekan Cair Ketika Cuaca Panas;

1. Aplikasi mekap pada kulit yang kering. Maksudnya, jangan terus sapukan bedak asas sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi. Lapkan muka terlebih dahulu atau sebaik-baiknya, biarkan air mandian tersebut kering sendiri.

2. Seelok-eloknya, anda lakukan dahulu aktiviti wajib seperti bersarapan atau menggosok baju, kemudian berulah mengenakan solekan. Jika tidak, solekan anda akan tak menentu selepas makan atau tercalit pada baju ketika ingin menyarungkannya.

3. Kulit pada cuaca panas memerlukan lebih mineral dan lembapan. Untuk mengekalkan bedak asas dan solekan supaya kelihatan segar, sapukan pelembap terlebih dahulu, sebelum mengenakan bedak asas supaya ia lebih tahan lama.

4. Pilih pelembab yang anti kilau dan mampu menyerap minyak. Gunakan pelembap bertekstur lebih ringan seperti losen atau gel berbanding krim.

5. gunakan bedak asas debu berbanding bedak asas cecair kerana bedak asa cecair cenderung luntur dan berkilau pada suhu panas ekoran daripada kandungan minyaknya lebih tinggi berbanding bedak asas debu.

6. Elakkan melapisi bedak asas terlalu tebal kerana ia akan lebih kelihatan ketika cuaca panas sehingga anda akan tampak janggal. Gunakan berus khas bagi bedak asas untuk sapuan lebih nipis dan sekata.

7. Jika anda berpeluh, gunakan kertas penyerap minyak tanpa bedak untuk menyerap peluh kerana ia tidak merosakkan solekan. Caranya ialah dengan menekap kertas tersebut pada muka secara perlahan-lahan, bukan menggosok.

8. Rapikan solekan dengan bedak debu (loose powder) untuk touch up. Jauhi bedak padat (pressed powder) kerana ia cenderung untuk bergumpal apabila muka mula berpeluh.