"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Wednesday, May 4, 2011

Tawau - Sandakan

FamilY TaWau Datang SandakaN

Pada 30 April 2011,family dari tawau dtg sandakan...jalan2 sambil melawat kami dan adik suamiku c enoi n family....di sini sdk...bestnya lama dah tak jumpa anak2 buah kesayangan....

Lagi best Jumpa Ecik( adik iparku) anaknya c Zakwan (endut) hehehe...aku memang rapat dgn dia ini...beruntung aku dapt ipar mcm dia ini...dulu selalu dengar ipar dgn kak ipar tak gam..tapi dg family tawau ku ini..semua ipar2 ku baik2 belaka..buka nak puji atau ambil hati kat diorg ini...tapi akikatnya memang diorg ini baik dgn aku...biar pun kak ipar diorg ini ganas n rock sikit...ROCK keh...hehehe.

terlalu lama tak jumpa banyak sgt nak diborakkan....bestnya...

adik ipar ku seorg ini Anoi namanya...dia pun ada n suaminya dgn anak2nya yang comel..Wardah n Aqilah...pun dtg juga..
Anoi skg ini tgh tunggu hari nak bersalin....harap2 semuanya selamat...

tapi diorg tak lama kat sini hari isnin itu diorg dah balik tawau...terasa terlalu singkat masa itu..rindu endaknya...

tapi tak apa terubat juga rindu suamiku dgn familynya..kesian tgk suamiku yang nak sgt balik kampung..tapi nak buat mcm mana aku skg tengah mengandung...jadi tak blh jln jauh...faham2 ajelah awal kehamilan....

ok sampai sini aje cerita ku...

mengandung memang boleh berfesyen dan berjimat

Ibu mengandung memang boleh berfesyen dan berjimat!

Anda berhak kelihatan cantik dan merasa bagus sepanjang kehamilan anda. Tetapi ia bukanlah senang - terutamanya apabila pakaian serta kewangan anda menjadi semakin ketat. Sebelum anda menyingkirkan idea tentang pakaian sekaligus dan menuju ke kedai menjual khemah yang terdekat, lihatlah dulu tip-tip terbaik BabyCenter untuk kelihatan hebat sambil berjimat.


Beli pakaian asas

Kesemua rencana majalah yang menyatakan bahawa anda boleh hidup sembilan bulan mengandung dengan hanya tiga item pakaian materniti dan sebuah beg tangan yang berkilauan adalah SALAH. Tiada wanita yang sudi memakai pakaian yang sama berulang-kali, terutamanya apabila dia berasa jemu dan lebih gemuk berbanding waktu biasa. Anda hamil selama sembilan bulan - itu adalah masa yang panjang untuk memakai pakaian yang sama setiap hari.

Meskipun begitu, melabur dalam beberapa item utama pakaian materniti yang boleh digabung padan adalah bijak. Cubalah:

woman in mirror measuring her bump
• dua pasang seluar yang berpotongan elok;
• skirt atau gaun yang tidak bercorak;
• kardigan atau jaket;
• pashmina atau skaf tanpa corak yang boleh dipadankan dengan kebanyakan pakaian;
• dua helai blaus yang kasual;
• sehelai blaus yang lebih segak untuk majlis istimewa.


Untuk variasi tambahan, belilah kemeja-T dan singlet yang murah dalam pelbagai warna. Walaupun kain kapasnya boleh anjal, anda masih harus pertimbangkan mendapatkan satu atau dua saiz lebih besar daripada biasa.

Mendapat tawaran hebat
Jika anda bernasib baik, jualan akhir musim di kedai yang menjual fesyen materniti akan berbetulan dengan kehamilan anda. Dan jika anda betul-betul bertuah, kehamilan anda akan berlaku serentak dengan musim fesyen yang menggayakan garis empayar dan blaus labuh, serta anda dapat membeli kesemuanya semasa jualan akhir musim!

Lengkapkan dengan aksesori
Manik-manik, gelang tangan, beg, reben, skarf, kasut... kemungkinannya hanya terhad pada daya imaginasi anda. Koleksi pakaian asas anda boleh dijadikan lebih berseri dengan aksesori, seperti tali pinggang yang dipakai di bawah perut membuncit anda. Anda boleh menghiasi sesuatu pakaian untuk bersesuaian dengan majlis dan angin anda, dan perkara yang paling baik tentang aksesori ialah anda masih mahu memakainya selepas kelahiran bayi anda. Tak seperti seluar hamil yang besar itu tiba-tiba mengingatkan anda mengenai payung terjun tentera...

Menyesuaikan pakaian sedia ada anda
Sebelum perut anda berubah menjadi terlalu besar, anda masih boleh pakaikan pakaian sedia ada dengan memakai blaus yang lebih labuh - supaya dapat menutupi hakikat bahawa butang pada atas seluar anda tidak terkancing. Kemudian semasa kehamilan semakin lanjut, dengan sedikit kerja jahit-menjahit, anda boleh menggunakan butang dan panel atau jalur kain untuk membesar-panjangkan pakaian kegemaran anda buat sementara. Sekali lagi, blaus labuh sangat berguna. Apabila bahagian pinggang berelastik menjadi terlalu ketat, anda boleh tukarkannya dengan tali cerut.

Adakan parti pertukaran baju
Jemputlah semua kawan anda yang sedang hamil, termasuk yang sudah menjadi ibu. Golongan yang kedua itu selalunya ada pakaian materniti yang mereka sedia berpisah dengan, dan mungkin mereka ingin meminjam pakaian anda sebagai ganti. Pertukaran ini tidak perlu menjadi sesuatu yang kekal, dan anda boleh menjadikan ia hari yang seronok dengan berkongsikan cerita ataupun bermain permainan.

Pinjamkan pakaian suami anda
Jika anda hanya berduduk-duduk di rumah sahaja, selongkar almari pakaian suami anda. Kemeja dan bajunya mesti cukup besar, dan anda simpan pakaian anda sendiri untuk dipakai semasa ada orang akan betul-betul melihat anda. Pinggang berelastik pada seluar pendek dan seluar tidur lelaki membuatkannya selesa untuk dipakai pada waktu tidur - dan jika anda dapat mengalihkan perhatiannya cukup lama, jubah mandinya mungkin berguna juga.

Sesetengah wanita hamil yang lebih tinggi suka seluar jean lelaki. Jika anda dapat saiz yang betul, ianya akan padan pada bawah perut buncit anda, dan dapat mengelakkan rupa berpinggang tinggi yang buruk itu serta menghapuskan keperluan untuk panel berelastik yang ketinggalan zaman.

Pergi online
Jika anda peminat membeli-belah di Internet, di dalam web terdapat banyak koleksi pakaian murah untuk pembeli.

Pinjam saja
Jika anda perlu berhias untuk sesuatu majlis khas, tanya kawan yang juga hamil atau yang pernah hamil jika mereka ada pakaian yang boleh dipinjamkan.

Yang paling penting...
Ingat untuk manjakan diri sekali-kala. Sementara tubuh anda menggunakan cara yang tak menarik dan pelik untuk mengingati anda tentang status anda sebagai bakal ibu, ianya sememangnya mudah untuk melupakan bahawa anda seorang wanita juga. Cintailah potongan badan anda yang baru!