"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Thursday, December 29, 2011

Aramaiti...KK mari


salam...
ok skg ini saya kat kota kinabalu(kk) dgn familyku namun my hubby tak dapat ikut pasal keja.....kesia dia....

tapi sama aje kena tunggu hubby juga br dapat jln pasal c daniel hero ku ini semenjak kat kk kuat nagis mungkin ingat kat abah dia kot....

td jam 11 pg itu jlnlah p tgk2 tudung tp tak blhlah pasal c daniel nagis,kuat sangat dia nagis sampai tak keluar suara bikin mamaknya takut.....harap2 daniel berubah tak nagis mcm itu lg.....ini nak abah dia ada bah sebenarnya.....abah dtglah cepat p kk....anak abg nak abg ada kat sini....

harap2 mlm ini daniel tak nagis lg....sampai esok...pasal esok abah datang...jgn nagis ah sayang...

mak & abah sayang daniel

Monday, November 14, 2011

Ceritaku ketika bersalin anak pertamaku

Yang dinanti akhirnya tiba..


As salam..& Hi Semua Pembaca Blog..

First sekali nak ucap selamat hari raya haji untuk umat islam sedunia.....biarpun dah terlambat nak ucap tapi still boleh ucapkan..hehehe

Oklah...nak cerita perkembangan terbaru ini..untuk pengetahuan u all saya dah selamat bersalin N nama baby i Ahmad Rafie Daniel Bin Ahmad Shaiful ...Nak dijadikan cerita sepatutnya due ku 26.10.11 bersamaan hari rabu...tp terawal pula my baby lahir pada 22.10.11 bersamaan hari sabtu,jam 1.54 am di hospital besar Sandakan,Sabah....

Ini semua terjadi pasal pada 20.10.11 hari rabu itu ada date dgn pakar pasal tahu2 ajelah time mengandung dapat pula penyakit kencing manis...tetiba2 pula...so plah hospital ditemankan suamiku,time kat pakar itu ceklah tekanan darah entah kenapa tekanan darahku naik mendadak 150....(wow...apasal ini dlm hatikulah...)oleh sebab itu bila jumpa doktor,doktor kata "Puan,kena masuk wad hari ini juga"....waktu itu seluruh badan kaku....hanya tuhan aje yang tahu perasaanku time itu mcm nak pengsan aje rasanya....so lepas aje itu nurse suruh balik ambil barang2 keperluan....

Sewaktu melangkah aje keluar dr klinik pakar....entah mcm mana tiba air mataku jatuh mendadak....sebak betul aku time itu pasal perasaan takut n gementar..tak henti2 aku nagis sampai ke keta lagilah teruk mcm air terjun air mataku....suamiku tak abis2 bg kata semangat kat aku tapi biasalah masuk kiri keluar kanan,time itu jugalah aku coll mak bg tahu....sampai aje umah aku pun kemaslah barang2ku...untuk ke hospital jam 2 pm....

ok dah sampai hospital jam 3 pm itu.....aku pun di cek lah...time itu kepala otakku mcm terhenti, ikut aje arahan nurse n doktor...tp doktor skg ini banyak yang muda2 mcm sebaya aje dgn aku..blh tahan jugakan budak skg ini...sempat lagi cuci mata time2 takut itu....hehehe bukan apa heran sikit...dulu semua doktor tua2....ok sambung cerita balik...time kat bilik CPA aku telah di suruh tukar baju pesakit warna pink tp aku tak ikut arahan pakai baju t`shitku sendiri cuma kain sarungnya aje aku pinjam...hehe...waktu kena cucuk nak ambil darah....seluruh badan sejuk tahu2 ajelah aku ini penakut dgn darah..nampak darah nak pitam....itulah aku...tp time mengandung ini kuat pula semangatku..mungkin kerana aku pikir baby dlm kandunganku..n at last darahku diambil juga biar pun aku berdegil tak nak dicucuk n akhirnya dicucuk juga....hehehe inilah pesakit mcm aku yg suka menyusahkan nurse n doktor,habis aje semua itu aku keluar dr bilik CPA jam 6 ptg....keluar aje bilik nampak dah kelibat Mak,Abah n Suamiku...semua nampak risau tahu2 anak diorg ini mcm mana penakut no.1.

Jam 7 pm abis dah masa melawat time itu family n suami nak balik dah...tuhan aje yang tahu perasaanku time itu...tahu2 tak pernah duduk hopital ini....akhirnya aku menjadi penhuni bermalam di hospital selama 2 malam 3 hari cukup package ku....so pada 21.10.11 hari jumaat aku telah dimasukkan ubat...kira beranak paksalah....time nak masuk ubat itu sakitnya boleh tahan juga rasanya....tapi still boleh tahan lagi....time masuk ubat itu jam 10.30am....dalam masa itu still ok lagi tapi time jam 6 pm itu perut,pinggang n buntut dah sakit....tak boleh nak duduk...jam 7 abis aje family melawat aku sendiri p bilik CPA minta cek kalau dah terbuka...so doktor cek...rupa dah terbuka 4 cm....n masuklah aku ke bilik delivery room...jeng..jeng..jeng...bilik bersalin..time itu rasa mcm tgk rancangan ER...ada 4 katil utk bersalin...Ah, jiran sebelah menyebelah katilku dah mengeran kesakitan..aku tp itu kaku lagi tgk keadaan itu...jam 10 dah mula sakit perut time itu tuhan aje tahu..bertapah sakitnya....aku bertarung nywah selama 1 jam untuk mengeran dan akhirnya babyku kena vacum pasal tak pandai keran...time itu kesakitan semua hilang rasa lega seluruh badan ini....syukur kepada Allah S.W.T kerana memanjangkan umurku n menguniakan aku baby yang comel n sihat...tp esoknya tak blh keluar lg kena rehat 1 hari kat hospital lg....so pada ke esokkan harilah aku dapat keluar wad...

tp pada 27.10.2011...aku masuk wad balik pasal babyku kena sakit kuning....wah Allah, perasaan time itu punyalah risau..pasal kuningnya tinggi sangat 407...so bermalam lagi aku kat hospital selama 2 mlm...aiiiiii kesian sgt kat baby danielku...tp alhamdulillah lama kelamaan kuning c daniel berkurangan tp still ada lagi and yang last sekali 149...esok daniel ambil darah lagi..mudah2an semuanya ok...n daniel tak perlu ambil darah lagi...harap2lah.....

oklah sampai sini ajelah panjang pula ceta hari ini......tp yang penting semuanya selamat n tq kepada sesiapa yang mendoakanku n babyku..selamat...semoga anda mendapat rahmatnya..amin

Sunday, November 13, 2011

selamat hari raya haji

salam..

First selamat hari raya haji..biarpun dah lambat nak ucap tp still boleh ucap lagikan..hehehe
ok...ini nak cerita sikit pasal perkembangan diri..hehehe

oklah nak cerita,pada 22.10.2011 bersamaan hari sabtu jam 1.54 am lahirlah seorang putera yang ku berikan nama Ahmad Rafie Daniel Bin Ahmad Saiful....Nak di jadikan cerita bagaimana Anakku keluar awal....

Pada 20.10.2011 jam 10.30 am aku ada

Friday, November 4, 2011

Sudah Tiba...

Yang di Nanti sudah Tiba..

Assalammulaikum n Hi...kepada semua pembaca blog ini...

first sekali,syukur kepada Allah S.W.T kerana memanjangkan usiaku... menganugerahkan aku seorg cahayamata lelaki...semuanya selamat...allamdulillah.

Pada 22.10.2011 pada pukul 1.54am aku telah selamat melahirkan bayi lelakiku

Thursday, October 6, 2011

Menanti Orang Baru

Menanti Kelahiran Orang Baru Dalam Kehidupan Kami

As Salam....
lama dah tak bercerita kat blogku ini...

oklah di pendekkan cerita skg ini aku tgh sarat mengandung anak pertama dah masuk 37 minggu dah....tak sabar rasa menanti orang baru ini...namun dalam menanti itu ada juga rasa takut dan pelbagai perasaan timbul....ai..aku sentiasa berdoa agar semuanya selamat dan di permudahkan untuk bersalin....Amin...,Tapi dalam rasa takut itu terubat juga hati ini bila tgk barang baby yang aku beli....semua pun cute bikin geram...itulah yang buat aku tak sabar menanti kehadiran baby kesayanganku ini...Sekarang ini pun dlm perut bukan main aktif lagi bergerak....tak sabar kot nak keluar..hehehe sayang anak mama.... Hubbyku pun bukan main gembira dgn kehadiran orang baru ini....terpancar kegembiran di wajah hubbyku....

Didalam menanti kehadiran orang baru ini....teringat peristiwa tahun 2010....dimana aku mengalami keguguran, time itu usia kandungan aku dah masuk 3 bln....hanya Allah S.A.W tahu perasan dan kesakitan yang aku alami...Namun yang membuat aku sedih sekali aku tidak sempat mengambil secubit daging anakku untuk ku kubur .... kerana time itu babyku hancur...aku pun tak tahu kenapa jadi begitu....ramai yang bertanya kepadaku tapi aku sendiri pun tak tahu kenapa.....Time itu aku dan hubbyku pun bluh dan panik tak tahu nak buat apa...,Tapi syukur hubbyku menjaga aku sepenuhnya....dia yang membersihkan darah ku yang tumpah begitu banyak...dan dialah juga yang sediakan dan menguruskan aku sepenuhnya...disitulah aku amat bersyukur kepada Allah S.A.W kerana menemukan jodohku dgn dia....,Tapi semua dah berlalu....
dah akhirnya aku mengandung untuk kali kedua...syukur...dah ku harapkan mudah2 kali ini kandunganku selamat dan dipermudahkan aku bersalin...amin...

Oklah sampai sini aje...nanti lain kali ada cerita akan jari jemari begerak menyampaikan...dan mana tahu lepas ini aku akan bersalin...mudah2....amin...

Tuesday, October 4, 2011

10 Wasiat Rasulullah Kepada Untuk Wanita

10 Wasiat Rasulullah Kepada Fatimah Khas Untuk Wanita

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.mari kita sama2 lihat antaranya:-

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

P/S:kita seorang wanita amat bertuah dan bersyukur dengan mutiara termahal nilainya dimiliki oleh setiap isteri solehah

Wednesday, September 7, 2011

Merah...wow

Picture First Raya...MERAH GITU

Salam semua...

ini gambar time raya itu....syawal pun dah tinggalkan kita....
waktu raya itu tema baju seblah family sandakan warna merah..meria gitu...hehehe...
sebenarnya ada banyak lagi gambar time tiada masa nak masukkan bz dengan persiapan menyambut orang baru dalam hidup ku & hubbyku....teruja sgt nak dapat org baru.....harap2 semuanya selamat..semua dari Allah S.A.W.....amin....





p/s:merah tema tahun ini,tahun depan tak tahu lagi apa temanya..?

Selamat hari raya 2011

salam..pembaca blog ku sayang

Selamat hari raya...lama dah tak jenguk blog bzzzzzzzz memanjang aje,biasalah ibu mengandung.
sepanjang bulan syawal ini..mcm biasa bersama suami dan keluarga...rumah kawan2 tak p pun semua pun bz dgn family masing2 biasalah dah beranak pinak....time zaman bujang2 dulu bolehlah kumpul ramai2 sekarang ini tak ada masa nak kesana kesini pasal family dah bertambah,faham2 ajelah family sebelah suami lagi mesti kena kunjung juga..

Namun sepanjang bulan ramadan n syawal ini bz p klinik aje pasal kesihatan diri n baby kena jaga juga....makin nak dekat bersalin ini makin banyak pemeriksaan dilakukan keatas diri ini...tak apa aku redah demi anak dalam kandunganku ini...tak sabar menanti ketibaannya nanti..harap2 semuanya ok..insayaallah...Doakan saya n baby selamat yeah...

oklah sampai sini aje pasal malam ini ada family nak datang umah nak beraya lagi...hari ini masuk raya ke 7 dah.....masih musim raya lagi...esok malam nak buat rumah terbuka lagi,makin bertambah kerja..tp aku di kecualikan menolong di dapur faham2 ajelah ibu mengandung...nasib ada pembantu umah..ringan sikit keja aku....oklah makin panjang cerita ini.....

sampai sini aje..salam untuk pembaca blogku...

Wednesday, July 27, 2011

Bulan Ramadhan dah Tiba

Bulan Ramadhan dah Tiba...



Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki keistimewaan dan kemuliaan yang sangat banyak. Bulan diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk ummat manusia. Dalamnya terdapat satu malam iaitu Lailatul Qadar, beribadah pada malamnya lebih baik dari seribu bulan.

Jihad merupakan puncak tarbiyah dan amaliyah Islam dan para pelakunya akan menepati tingkatan yang paling tinggi di Syurga, sebagaimana mereka juga mendapatkan darjat yang mulia di dunia.
Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu membangun ekonomi Islam, membangun sistem hidup Islam, membangun pendidikan Islam, membangun kebudayaan Islam, membangun kesihatan Islam, berperang jika terpaksa dan lain-lain. Walau bagaimanapun Rasulullah S.A.W sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." [Riwayat al-Baihaqi]
Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan suatu peperangan, suatu perjuangan atau suatu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tetapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.
Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati, tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.
Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.
artikel by i lov islam

Thursday, June 23, 2011

salam satu malaysia

salam satu malaysia..

lama dah tak edit blog..rindu pula..tahu2 ajelah bz memanjang....dah lah musim kahwin memanjang aje cuti sekolah hari itu..mana lagi bisnes buat kuih untk raya akan tiba...tak menang tangan dibuatnya..nasiblah ada suami yang membantu...sayang hubby..hehehe...

baru2 ini pula uncleku baru aje meninggal..pasal sakit...kesian kat mak cik ku tingal seorg2 kat umah..rumahtangga diorang hanya 7 tahun aje bertahan sedih sgt...jd untuk sesiapa yang membaca blogku ini minta sedekahkan lah AL-FATIHAH agar rohnya berada di tempat org2 yang beriman..AMIN...

oklah cerita pasal musim kahwin itu adalah gambar2 yang sempat ku posing...
untuk ditatap bersama..hehehe


selamat pengantin baru aman & linda..(pengantin lelaki malu2)
ini kat dewan

Bersama2 kazen ku..

budak kecil yang nak menari tapi malu2 (my Aling)

Antara barisan ibu & bakal ibu....amin

di rumah penagntin lelaki...



Thursday, June 9, 2011

solekan cair ketika cuaca panas


Tidak kepada solekan cair ketika cuaca panas




Tips yang diberikan adalah untuk kebaikan. Kali ini kami menyediakan tips 8 Cara Elak Solekan Cair Ketika Cuaca Panas;

1. Aplikasi mekap pada kulit yang kering. Maksudnya, jangan terus sapukan bedak asas sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi. Lapkan muka terlebih dahulu atau sebaik-baiknya, biarkan air mandian tersebut kering sendiri.

2. Seelok-eloknya, anda lakukan dahulu aktiviti wajib seperti bersarapan atau menggosok baju, kemudian berulah mengenakan solekan. Jika tidak, solekan anda akan tak menentu selepas makan atau tercalit pada baju ketika ingin menyarungkannya.

3. Kulit pada cuaca panas memerlukan lebih mineral dan lembapan. Untuk mengekalkan bedak asas dan solekan supaya kelihatan segar, sapukan pelembap terlebih dahulu, sebelum mengenakan bedak asas supaya ia lebih tahan lama.

4. Pilih pelembab yang anti kilau dan mampu menyerap minyak. Gunakan pelembap bertekstur lebih ringan seperti losen atau gel berbanding krim.

5. gunakan bedak asas debu berbanding bedak asas cecair kerana bedak asa cecair cenderung luntur dan berkilau pada suhu panas ekoran daripada kandungan minyaknya lebih tinggi berbanding bedak asas debu.

6. Elakkan melapisi bedak asas terlalu tebal kerana ia akan lebih kelihatan ketika cuaca panas sehingga anda akan tampak janggal. Gunakan berus khas bagi bedak asas untuk sapuan lebih nipis dan sekata.

7. Jika anda berpeluh, gunakan kertas penyerap minyak tanpa bedak untuk menyerap peluh kerana ia tidak merosakkan solekan. Caranya ialah dengan menekap kertas tersebut pada muka secara perlahan-lahan, bukan menggosok.

8. Rapikan solekan dengan bedak debu (loose powder) untuk touch up. Jauhi bedak padat (pressed powder) kerana ia cenderung untuk bergumpal apabila muka mula berpeluh.



Sunday, May 22, 2011

Holiday Lagi..kita sambung


HolidaY WitH FamilY

Salam...
akhirnya aku dapat holiday juga...keluar dr rumah yang asik terperuk aje..
so macam biasa lah shping time...yes best juga tp tak banyak yang bole
h shoping...
tp sekurang2nya adalah juga..hehehe
-

--

---

Jom tgk gambar2 time holiday bersama family ku..Sayang...



Ini time kat kundasang..beli buah stweeberry


Cutekan steewberry

Time makan jagung..sedap..ini makanan kegemaran aku...


Me & My sis.....


My Hubby,brother & baby Hani


antara barisan wanita sedunia


My Hubby & me..sweet couple..


tgk ikan....tgk budak kecil itu teruja sgt dia..tgk ikan..


Ambil ko mcm buat rumah sendiri dah...


Rehat sebentar...penat berjalan....n berkejar2 dgn budak kecil


Mkn time kat MB..cantik view dia...


ok setakat ini aje gambar yang ada...

Holiday Time




Holiday With Family

Hori...Hori...Hori

akhirnya aku dapat p holiday juga tapi tak puas shoping..tp tak apalah yang penting ada jugalah sikit dapat di ampit shoping...hehehe

ini gambar2 ketika holiday


Hari Jadi Mak

Hari Jadi Mak (16.5.2011) & Hari Ibu

salam semua..
hehehe lambat nak masukkan gambar ini..biasalah bz aje..hehehe

jom tgk gambar time hari jadi mak ku...sayang

Kek hari jadi mak....sedap tahu kek ini...

Tak ada masak2 beli pizza aje...hehehe cepat sikit...
(suamiku jadi tukang gambar)


JOM KE KLINIK

JOM KE KLINIK


salam,rindu rasanya kat blog ku ini....bukan apa tiada idea nak isi kat blog ini...
oklah hari ini aku p klinik ibu & anak...biasalah org mengandung bln2 ada saja temujanji..hehehe..

ok nak cerita sikit pasal kandungan ku...

semuanya ok baby ok,tp yang tak ok tekanan darah ku rendah...risaunya..jadi repot kad aku dah ada yang merah...adui kenapa darahku rendah..risaunya aku....

berat badan aku ok dah dah nak 1 kg..dr 52 kg ke 53 kg...oklah drpd tak naik lagi teruk...

so seperti biasa ubat tambah darah telah di berikan kepada ku....jd aku banyak makan yang boleh tambah darah ku ini...so siapa2 ada cadangan beritahulah aku...yeah..?

oklah setakat sini aje....tp ada idea nak bg masuk kat blog lagi ini...

Klinik Lagi

KLINIK..

salam...
rindu nak isu baru kat blog..

tadi baru aje dr klinik ibu n anak...

dup..

dup...

dup..

berdebar2 hati takut berat badan tak naik...tapi sukur alhamdulillah..naik jugalah 1 kg...so 52 kg...n sekarang 53 kg dah...tp yang merisaukan darah ku kuarang pula...dr 12...ke 10...so merahlah repot kad aku..eeeeeeeeeeeeeeeeeeee sakit hati tgk.

Wednesday, May 4, 2011

Tawau - Sandakan

FamilY TaWau Datang SandakaN

Pada 30 April 2011,family dari tawau dtg sandakan...jalan2 sambil melawat kami dan adik suamiku c enoi n family....di sini sdk...bestnya lama dah tak jumpa anak2 buah kesayangan....

Lagi best Jumpa Ecik( adik iparku) anaknya c Zakwan (endut) hehehe...aku memang rapat dgn dia ini...beruntung aku dapt ipar mcm dia ini...dulu selalu dengar ipar dgn kak ipar tak gam..tapi dg family tawau ku ini..semua ipar2 ku baik2 belaka..buka nak puji atau ambil hati kat diorg ini...tapi akikatnya memang diorg ini baik dgn aku...biar pun kak ipar diorg ini ganas n rock sikit...ROCK keh...hehehe.

terlalu lama tak jumpa banyak sgt nak diborakkan....bestnya...

adik ipar ku seorg ini Anoi namanya...dia pun ada n suaminya dgn anak2nya yang comel..Wardah n Aqilah...pun dtg juga..
Anoi skg ini tgh tunggu hari nak bersalin....harap2 semuanya selamat...

tapi diorg tak lama kat sini hari isnin itu diorg dah balik tawau...terasa terlalu singkat masa itu..rindu endaknya...

tapi tak apa terubat juga rindu suamiku dgn familynya..kesian tgk suamiku yang nak sgt balik kampung..tapi nak buat mcm mana aku skg tengah mengandung...jadi tak blh jln jauh...faham2 ajelah awal kehamilan....

ok sampai sini aje cerita ku...

mengandung memang boleh berfesyen dan berjimat

Ibu mengandung memang boleh berfesyen dan berjimat!

Anda berhak kelihatan cantik dan merasa bagus sepanjang kehamilan anda. Tetapi ia bukanlah senang - terutamanya apabila pakaian serta kewangan anda menjadi semakin ketat. Sebelum anda menyingkirkan idea tentang pakaian sekaligus dan menuju ke kedai menjual khemah yang terdekat, lihatlah dulu tip-tip terbaik BabyCenter untuk kelihatan hebat sambil berjimat.


Beli pakaian asas

Kesemua rencana majalah yang menyatakan bahawa anda boleh hidup sembilan bulan mengandung dengan hanya tiga item pakaian materniti dan sebuah beg tangan yang berkilauan adalah SALAH. Tiada wanita yang sudi memakai pakaian yang sama berulang-kali, terutamanya apabila dia berasa jemu dan lebih gemuk berbanding waktu biasa. Anda hamil selama sembilan bulan - itu adalah masa yang panjang untuk memakai pakaian yang sama setiap hari.

Meskipun begitu, melabur dalam beberapa item utama pakaian materniti yang boleh digabung padan adalah bijak. Cubalah:

woman in mirror measuring her bump
• dua pasang seluar yang berpotongan elok;
• skirt atau gaun yang tidak bercorak;
• kardigan atau jaket;
• pashmina atau skaf tanpa corak yang boleh dipadankan dengan kebanyakan pakaian;
• dua helai blaus yang kasual;
• sehelai blaus yang lebih segak untuk majlis istimewa.


Untuk variasi tambahan, belilah kemeja-T dan singlet yang murah dalam pelbagai warna. Walaupun kain kapasnya boleh anjal, anda masih harus pertimbangkan mendapatkan satu atau dua saiz lebih besar daripada biasa.

Mendapat tawaran hebat
Jika anda bernasib baik, jualan akhir musim di kedai yang menjual fesyen materniti akan berbetulan dengan kehamilan anda. Dan jika anda betul-betul bertuah, kehamilan anda akan berlaku serentak dengan musim fesyen yang menggayakan garis empayar dan blaus labuh, serta anda dapat membeli kesemuanya semasa jualan akhir musim!

Lengkapkan dengan aksesori
Manik-manik, gelang tangan, beg, reben, skarf, kasut... kemungkinannya hanya terhad pada daya imaginasi anda. Koleksi pakaian asas anda boleh dijadikan lebih berseri dengan aksesori, seperti tali pinggang yang dipakai di bawah perut membuncit anda. Anda boleh menghiasi sesuatu pakaian untuk bersesuaian dengan majlis dan angin anda, dan perkara yang paling baik tentang aksesori ialah anda masih mahu memakainya selepas kelahiran bayi anda. Tak seperti seluar hamil yang besar itu tiba-tiba mengingatkan anda mengenai payung terjun tentera...

Menyesuaikan pakaian sedia ada anda
Sebelum perut anda berubah menjadi terlalu besar, anda masih boleh pakaikan pakaian sedia ada dengan memakai blaus yang lebih labuh - supaya dapat menutupi hakikat bahawa butang pada atas seluar anda tidak terkancing. Kemudian semasa kehamilan semakin lanjut, dengan sedikit kerja jahit-menjahit, anda boleh menggunakan butang dan panel atau jalur kain untuk membesar-panjangkan pakaian kegemaran anda buat sementara. Sekali lagi, blaus labuh sangat berguna. Apabila bahagian pinggang berelastik menjadi terlalu ketat, anda boleh tukarkannya dengan tali cerut.

Adakan parti pertukaran baju
Jemputlah semua kawan anda yang sedang hamil, termasuk yang sudah menjadi ibu. Golongan yang kedua itu selalunya ada pakaian materniti yang mereka sedia berpisah dengan, dan mungkin mereka ingin meminjam pakaian anda sebagai ganti. Pertukaran ini tidak perlu menjadi sesuatu yang kekal, dan anda boleh menjadikan ia hari yang seronok dengan berkongsikan cerita ataupun bermain permainan.

Pinjamkan pakaian suami anda
Jika anda hanya berduduk-duduk di rumah sahaja, selongkar almari pakaian suami anda. Kemeja dan bajunya mesti cukup besar, dan anda simpan pakaian anda sendiri untuk dipakai semasa ada orang akan betul-betul melihat anda. Pinggang berelastik pada seluar pendek dan seluar tidur lelaki membuatkannya selesa untuk dipakai pada waktu tidur - dan jika anda dapat mengalihkan perhatiannya cukup lama, jubah mandinya mungkin berguna juga.

Sesetengah wanita hamil yang lebih tinggi suka seluar jean lelaki. Jika anda dapat saiz yang betul, ianya akan padan pada bawah perut buncit anda, dan dapat mengelakkan rupa berpinggang tinggi yang buruk itu serta menghapuskan keperluan untuk panel berelastik yang ketinggalan zaman.

Pergi online
Jika anda peminat membeli-belah di Internet, di dalam web terdapat banyak koleksi pakaian murah untuk pembeli.

Pinjam saja
Jika anda perlu berhias untuk sesuatu majlis khas, tanya kawan yang juga hamil atau yang pernah hamil jika mereka ada pakaian yang boleh dipinjamkan.

Yang paling penting...
Ingat untuk manjakan diri sekali-kala. Sementara tubuh anda menggunakan cara yang tak menarik dan pelik untuk mengingati anda tentang status anda sebagai bakal ibu, ianya sememangnya mudah untuk melupakan bahawa anda seorang wanita juga. Cintailah potongan badan anda yang baru!


Friday, April 22, 2011

LAMA TAK KETEMU

LAMA TAK KETEMU....


Salam & Hi semua..


lama dah tak update blog ku ini...nak katakan bz tak juga duduk umah aje...naik boring dah nak jln tak blh bukan apa badan tak sihat faham2 ajelah org berbadan dua ini...suka muntah merata2 tempat tak memilih tempat....hehehe N Hubby aku pula keja so susah nak ajak jln...so duduk umah rehat2kan bdn buat keja sikit penat...tak mcm dulu dah blh berkerja satu hari tak penat skg berdiri kejap pun dah sakit pinggang...

berapa minggu n bulan ini duduk umah aje tgk tv,dpn laptop,mkn ( itupun memilih sangat),rehat n tidor aje....itulah keja ku hari2....tp nak di jadikan satu cerita yang merisaukan aku ini...pasal berat badan ku ini....time dulu nak kurus susah sgt nak turun siap beli ubat kurus lagi skg ini time berisi pula turun berat...mana tak turun gila dari 58 kg blh turun p 52 kg....sampai kena nasihat nurse klinik.....ooo risaunya....harap2 semua selamat,Ini bulan depan klu tak naik juga kena refer p hospital besar....abislah aku....

so kepada semua pembaca blog ku ini...hehehe klu adalah doakan aku selamat yeah....

oh sebelum itu...ini nak kongsi video ini...suka sgt tgk cerita NUR KASIH ....so tak lama lagi ada movienya...bestnya....

kali ini lagu nur kasih di nyanyikan dgn pelakonnya sendiri...TIZ & YASSIN...blh tahan juga suara TIZ ini ada bakat....





oklah setakan sini aje....

Sunday, April 10, 2011

USIA KU MENINGKAT

USIA KU MENINGKAT....

Salam semua...

pada 3 april 2011..merupakan ulang tahun ku yang ke 29 tahun...hahahaha dah tua dah.Tak sedarkan tup-tup dah 29 tahun...rasanya baru semalam lps sekolah,baru semalam lepas kolej,baru semalam lepas u n baru semalam dah ada family....my hubby..anak next soon akan muncul....

Rasa gembira pun ada..sedih pun ada...bila kenangkan kembali masa2 yang lalu...rasanya nak di perbaiki kembali...tapi kena redah semuanya kerana setiap apa yang terjadi ada maknanya n pengajaran di sebalik kejadian itu..kan...pembaca ku...

Aku sangt2 bersyukur kena Allah SWT,telah memanjangkan umurku untuk bersama dgn org2 yang ku sayangi....

Memandangkan usia ku dah meningkat aku terus maju kehadapan....dan kali ini aku perlu menghadapi semuanya...kerana aku yakin Allah SWT..sentiasa bersama kita.

ini ada photo waktu ulang tahun ku....bersama family yang ku sayangi....

Thursday, April 7, 2011

Ingin Cantik Ketika Hamil

Ingin Cantik Ketika Hamil

Kehamilan
adalah waktu yang diharapkan setiap wanita. Dengan perut yang semakin membesar, tidak ada salahnya untuk Anda tampil lebih bergaya.

Sekarang, banyak pilihan busana hamil yang chic dan modis. Meski begitu, Anda harus lebih memperhatikan tingkat kenyamanan ketika dikenakan. Jadi, bersiaplah untuk tetap tampil cantik saat hamil dengan tips berikut ini :

1. Memilih dan memakai pakaian dalam
Bukan rahasia lagi, bila memilih bra dan celana dalam yang tepat dapat membuat Anda terlihat langsing dan seksi. Selama kehamilan, payudara Anda akan terlihat lebih berisi dan besar. gunakanlah bra khusus wanita hamil atau bra size besar dengan ekstra support untuk menjaga kenyamanan payudara. Untuk pemilihan celana dalam, pada usia kehamilan muda, biasanya masih cukup nyaman dengan mengenakan celana dalam biasa. Tetapi saat kehamilan memasuki usia 4 bulan, Anda harus mengenakan celana dalam khusus untuk wanita hamil yang berbahan dasar katun agar memungkinkan terjadinya aliran udara yang baik sehingga terhindar dari infeksi jamur dan kenakan celana dalam yang karetnya tidak menekan perut, pinggang dan lingkar paha.

2. Pilih baju yang sesuai dengan ukuran tubuh
Ingin tampil tetap percaya diri dan seksi saat kehamilan sedang berlangsung? Pilihlah model baju hamil yang tidak rumit dan sebaiknya pilih ukuran baju yang dapat disesuaikan dengan bentuk tubuh yang semakin membesar. Model baju dengan ikatan tali dibelakang adalah pilihan yang tepat. Hasilnya, Anda akan nyaman saat mengenakannya.

3. Kenakan celana berpotongan pas untuk membantu gerak
Menyembunyikan perut yang semakin membesar dengan celana model oversize akan membuat Anda terlihat lebih besar dari biasanya. Temukan celana dengan potongan yang pas untuk Anda. Pastikan Anda memiliki ruang yang cukup agar perut tidak terlalu tertekan. Untuk model celana jeans, pilih bahan denim jenis elastis yang dapat membantu ruang gerak Anda. Solusi lainnya, gunakan celana khusus wanita hamil yang telah dirancang berkain lebar dan berkaret serta memiliki kantung perut. Alternatif lainnya, Anda juga bisa mengenakan legging atau stocking

4. Tampil memikat dengan t-shirt
Kebanyakan wanita modern akan mengalami kehamilan untuk beberapa kali, jadi tidak ada salahnya untuk berinvestasi T-shirt yang memiliki tulisan-tulisan unik yang menunjukan kehamilan Anda, seperti “Sex symbol”, “I love my bump”, atau “Birth control is for sissies” Carilah ke butik favorit Anda untuk mendapatkannya.

5. Saat yang tepat berinvestasi sepatu flat
Selama kehamilan, bukan hanya perut Anda yang akan nampak membesar, tetapi kaki Anda pun akan ikut membengkak. Oleh karena itu, Anda tidak diperkenankan menggunakan sepatu berhak tinggi yang dapat membuat Anda berjalan tidak stabil. Sebaiknya, kenakan sepatu model flat yang akan membuat Anda nyaman dan bebas untuk bergerak.

6. Perawatan diri
Saat sedang hamil, sangat mudah bagi Anda untuk lupa merawat diri. Sebenarnya merawat diri sangat penting untuk membantu membangun kepercayaan diri. Luangkan waktu untuk mendapatkan model rambut yang sedang tren saat ini atau perawatan yang tidak memakan waktu lama seperti, manicure dan pedicure. Anda akan tampak lebih baik setelah melakukan sesuatu perubahan dalam penampilan.


Monday, March 21, 2011

Mengandung + Alahan Bagaimana atasinya?

Mengandung + Alahan Bagaimana atasinya?


Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
P.S: Bagi sesiapa yang ingin berkongsi cara berkesan mereka mengatasi alahan semasa mengandung, adalah sangat dialu-alukan!dipersilakan untuk menggunakan ruangan komen dibawah:

Friday, March 18, 2011

PETANDA ATAU KESEDARAN UNTUK KITA?

PETANDA ATAU KESEDARAN UNTUK KITA?

Kedatangan tahun baru 2011 banyak disambut dengan suka cita dan harapan baru akan kehidupan yang lebih baik. Semua orang tentu ingin keadaannya makin lama makin baik, namun apa yang terjadi tidak selalu sesuai dengan apa yang kita harapkan. Bahkan, bencana kadang datang tanpa kita undang.

oleh itulah, tidak ada salahnya bila mengingatkan agar selalu waspada dalam apa juga mendatang bencana alam. Kita tahu,Negara Jiran kita Indonesia termasuk dalam daerah rawan bencana yang dikenal dengan kawasan cincin api (ring of fire). Dan tahun 2011 ini, bencana alam di Indonesia dikirakan akan makin meningkat.

Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), bencana hidrometerologi khususnya banjir, banjir lumpur, tanah runtuh dan puting beliung akan meningkat di tahun 2011 kerana adanya anomali cuaca. Berdasarkan perkiraan dari berbagai lembaga meteorologi terkemuka dunia seperti NOAA, Jamstec, BoM dan BMKG, curah hujan di Malaysia akan terjadi di atas normal hingga Maret 2011. Indikasi menguatnya La Nina, Dipole Mode dan kenaikan air laut di perairan Malaysia menyebabkan paras air di atmosfer melimpah sehingga di atas normal.

Untuk bencana geologi, khususnya gempa bumi, tsunami dan gunung meletus belum dapat diprediksikan secara pasti. Kemampuan ilmu pengetahuan dan teknologi saat ini belum dapat memprediksikan secara tepat bila ia meletus, berapa besar dan dimana kejadian gempa dan tsunami akan terjadi. Namun, kesiapan harus terus ditingkatkan kerana wilayah negara jiran kita Indonesia adalah kawasan rawan gempa dan tsunami.

kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.

Buat Rakyat Jepun & Rakyat malaysia kita doakan semuanya selamat...

Tuesday, March 15, 2011

Badanku sakit tp hatiku gembira

BADANKU SAKIT TAPI KU GEMBIRA


salam..
lama tak jenuk blog aku ini...
berapa hari ini badan tak berapa sihat... biar pun sensara diri ini namun aku gembira kerana akhirnya aku berbadan dua juga....hehehe syukur kepada Allah s.a.w

untuk kali ini aku mengandung kali ke -2 teruk sangat tak mcm yang pertama....sensara sangat...sampai suami aku pun kena jangkitanku...kesian kat dia kena cuti 2 hari pasal demam...kesian sangat...

sedangkan skg ini pun badan aku tak berapa sihat,makan pun dah pandai memilih....AYAM langsung tak boleh makan....mual saja...geli...kat ayam tgk pun dah nak muntah..entah kenapa...melampau sgt alahan ku ini..

kadang2 sakit juga hati memilih sgt....entah sampai bilalah aku gini...harap2 semuanya berakhir...

tapi aku bersyukur sgt.....ahkirnya....aku bakal menjadi ibu....amin mudah2 semuanya selamat amin...

Tuesday, March 8, 2011

Masalah Keluarga

Masalah Keluarga & Bagaimana Cara Mengatasinya

Kebahagaiaan keluarga akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan kerosakan keluarga akan menyebabkan rosakmya masyarakat. Maka Islam menetapkan kaedah-kaedah yang melegitimasi kehidupan keluarga dan mencakupnya dengan perhatian yang penuh, supaya keluarga tersebut dapat lestari dan bertahan, sehingga Islam tidak membiarkan satu bahagian darinya, kecuali menjelaskan adanya hukum Allah s.w.t dalam bahagian tersebut.

Islam juga menjelaskan bahawa masing-masing suami isteri mempunyai hak dan kewajipan dan memperingatkan kepada mereka dari berbagai aspek yang dapat mengotori kesucian ikatan keluarga. Dan mengancam mereka yang membiarkan dirinya terlihat dalam merosakkan ikatan ini dengan seksaan yang sangat berat.


semuanya ada disini...


Monday, February 21, 2011

Sedih Dilarang...?

Sedih Itu Dilarang..


kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Sedih Itu Dilarang..

"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula bersedih hati" (3:139)

"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya ALLAH selalu bersama kita" (9:40)

"Niscaya tidak ada khawatir atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (2:38)

Bersedih hanya akan padamkan semangat, redakan tekad, dan bekukan jiwa.

Kesedihan itu kaya demam yang bikin tubuh jadi lemes. Karena ia hanya punya daya yang menghentikan, bukan menggerakkan.

Bahkan kesedihan adalah 1 hal yang paling disenangi syaithon.

"Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaithon supaya orang2 mukminberduka cita" (58:10)

Doa: "Allahumma innii auzubika minalhammi walhuzni"
yang artinya Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan duka cita.

Lama tak muncul

LAMA TAK KEMBALI

salam kembali..

Hi,warga pembaca..ini lama dah tak online...blog pun dah terbiar,lama dah tinggalkan blog..tapi taklah berbulan2..adalah berminggu2 hehehe...

sejak akhir2 ini badan tak berapa sihat tak tahu kenapa....malas n badan tak sedap betul....kenapalah jadi bergini....aiiiiiiii badan...

skg ini kat umah TUA....Mak cik aku...saya memang biasa dgn makcik aku yang seorg ini..pasal dari kecil lagi dah biasa......

oklah malas nak taip banyak2...tak berapa sihat n nada mood...k bye..

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

sambutan Maulidur Rasul


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Wednesday, February 9, 2011

Valentine's Day - HARAM dalam Islam




Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.


Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.


Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

so kepada umat islam renung2kanlah....

Thursday, February 3, 2011

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.





Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

KK Mari

Kota Kinabalu Mari

hi kembali..td br aje update tentag birtday girl budak 1 tahun...

ini nak bg tahu skg kat kk dah bersama dengan family hubbyku...adik bungso dia nak masuk mrsm kinarut,kk...jadi biasalah adik kesayang dia nak juga abg dia ada sebagai penguat semangatnya...

biasalah abg dia ini idola dia....

ini nak cerita sikit pasal penjalanan dari sandakan ke kota kinabalu...ambil masa 5 hingga 6 jam jugalah...tapi tak berapa rasa penat pasal cuaca mendung..tapi tak tahulah driver dia...i duduk kat set penumpang aje...hubby i yang drive..hehehe...kesian kat dia..

sampai aje kk terus p papar tempat family iparnya...nak jumpa budak comel juga DZAKWAN namanya..Comel gila...tapi sampai sana dzakwan tak berapa sihat...batuk kesian tgk dia...

lepas dari papar malam itu juga balik ke kk tido kat umah family saya kat UA 3...university apertment....mak,bapa n ela tido kat umah mentua ecik..

sampai aje umah semua dengan kerja masing2...nak tahu apa....?

TIDOR

Hari Jadi C Budak 1 Tahun

Hari Jadi C Budak 1 Tahun...




hi semua..
ini nak cerita sikit pasal sambutan hari jadi anak buah ku yang comel sangat...
namanya Sharifah Hani Farisah....dah masuk satu tahun dah dia....
biasalah atuk n nenak dia buat kenduri kesyukurannya...biasalah cucu pertama bah itu..semua pun sayang dia..



ramai juga yang dtg ke majlis kenduri kesyukurannya itu....

mak siap buat pulut kuning lagi itu dia..tapi keras nak potong...jadi tahu2 ajelah c birtday girl abis di kerjakan pulut itu..hehehe


jom kita tgk gelagatnya..hehehe comel sgt..

Tuesday, February 1, 2011

Blogku lawati

Antara Blog yang selalu lawat.....

hi semua....malam ini ada free sikit...hubbyku keluar jumpa kawan lama c baizul...kawan aku masa kat kolej dulu...lepas kolej kami masuk u yang sama jadi pula kawan baik hubbyku...boleh gam juga diorg ini,so tiada keja nak buat biasalah buat coretan kat blogku ini...yang sudah menjadi hobiku...oklah kasih tinggal cerita mereka...

ini pasal blog yang selalu aku lawat..aku suka berkunjung ke blog mereka ini banyak cerita dan tips yang berguna..best pula...tahu2 ajelah sejak berjinak2 dgn blog ini suka tgk blog org yang cun2 gila......

antara blog yang aku lawat:-

http://honeykoyuki.blogspot.com/

http://nurulain8888.blogspot.com/

http://www.dangobunny.com

http://qasehkuhoney.blogspot.com/

http://irinenadia.blogspot.com

http://cikepal06.blogspot.com


http://kisahlynna.blogspot.com/

ah...inilah antara blog yang selalu aku lawat....semua ada...