"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Thursday, December 30, 2010

Banyakkan Ajakan, Kurangkan Ejekan

Banyakkan Ajakan, Kurangkan Ejekan
www.iLuvislam.com
oleh: masrurah




RAMAI orang minta orang lain berubah. Anak-anak mesti berubah. Remaja sering ditanya kenapa berdegil tidak mahu berubah-ubah? Malah, ada juga orang bertanya kenapa ekonomi tidak berubah, politik pun macam dulu tidak berubah-ubah. Pendek kata, semua kena berubah.

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun ubahlah diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain tetapi kita tidak ubah diri kita, orang akan ketawakan kita. Maksudnya asyik memikirkan kesalahan orang, keburukan orang, kelalaian orang tetapi lupa untuk membetulkan diri. Kita berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang tetapi jarang berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan agama Islam didasari dengan saling nasihat menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu nasihat.”


Kita perlukan remaja dan pemuda yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja yang berjiwa besar ialah remaja yang boleh menerima dan berkongsi kekuatan dengan orang tua berpengalaman. Orang tua yang hebat juga ialah mereka yang memahami dan menghormati perasaan remaja. Pendek kata, mereka yang berjiwa besar menjadi ejen pengubah dan perubahan datang daripada diri sendiri. Inilah calon orang-orang besar. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, malah memberi pengaruh pada orang di sekitarnya. Dia menjadi dorongan serta simpati juga untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun susah untuk menguasai diri kita. Paling penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita.

Mula-mula ubah diri kita, isteri kita, anak-anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata “susahnya hendak ubah remaja” , “isteri degillah” , “pekerja keras kepalalah.” Jawapan sebenarnya ada di dalam diri kita, asalkan jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Memang mereka pun ada salah, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Kekuatan mengajak memang disuruh tetapi jangan lupa kekuatan 'memberi contoh' amat penting. Rasulullah s.a.w. diutus untuk mengajak dan memberikan contoh baik. Kita pula banyak mengajak tetapi kurang memberi contoh yang baik.


Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan.
Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi.
Sayangilah jangan membenci.
Perubahan bermula dari diri sendiri.

artikal ini saya ambil dari
www.iLuvislam.com
oleh: masrurah


so renung2kanlah....






Wednesday, December 29, 2010

Cerita Punya Cerita..

salam tahun baru akan menjelma...2011

tak lama lagi ada 2 hari kita akan meninggalkan 2010...nak masuk 2011 sudah..adakan anda bersedia untuk melangkah..sedia tak sedia masa terus berputar...
oklah tinggalkan pasal tahun 2011 yang tiba..
ini nak cerita,aku baru balik dari tawau...kampung halaman suamiku...rindunya dia,katanya "Lamanya abg tak balik tawau apalah perubahannya yeah"..sampai aje tawau semuanya sama tapi adalah berubahan sikit...namun yang tidak akan dilupakan NASI LALAP nya...waduh2...sampai mengilat jari nampak suamiku..hehehe lucu pula...terpancar wajah kerinduaannya bila balik kampungnya di kampung kinabutan...sampai aje umah terus dia cium tangan mak n bapanya...dlm masa yang sama c ecik n anaknya yang endut zakwan namanya pun ada balik dr terengganu..itulah namanya syoknya kat kampung....selama kat tawau suamiku hilang terus dietnya yang selama ini dia jaga...semua di mamam....kecuali yang haramlah...tp kami tak lama kat tawau..ke balik juga pasal suami kena kerja juga...adui aku pun rasa tak puas nak jalan2 kat tawau...tp aku sedapkan hati suamiku bahawa kami akan dtg ke tawau juga nanti...

CERITAKU DI TAWAU

Tuesday, December 28, 2010

wanita dan kecantikan...kecantikan dan wanita...

Semua wanita di dunia ini ingin dilihat cantik, untuk diperhatikan oleh orang sekeliling, sahabat, keluarga, terutama oleh kekasih hati. Sehingga banyak wanita yang rela melakukan apa saja agar dapat kelihatan cantik. Hal ini wajar bagi wanita usia muda, maupun yang sudah berumur akan suka jika mendapat pujian cantik.

Saat ini tanpa disedari ataupun tidak kecantikan wanita sudah menjadi industri yang semakin berkembang, dari segi salon kecantikan, produk kosmetik, produk ubat-ubatan pelangsing tubuh, produk apearel, fashion dan bahkan paranormal pun laku untuk pemasangan susuk agar seorang wanita terlihat cantik,begitu obsisnya wanita dengan kecantikan.

Tanpa disedar banyak wanita disaat ini Sungguh opses dan lagi menyedihkan kerana wanita yang opses untuk menjadi cantik dengan cara pembedahan untuk mengubah bentuk tubuhnya dengan cara pembedahan plastik, yang terkadang bila dilakukan bukan orang yang profesional maka bukan kecantikan yang didapat, malah perubahan yang menyedihkan, bahkan boleh mengakibat kematian.

Menurut pendapat saya kecantikan itu adalah relatif, penilaian tentang kecantikan abstrak dan berubah-ubah, tidak ada kecantikan yang pasti, dari zaman ke zaman konsep kecantikan selalu berubah-ubah. Dalam Zaman serba komersil ini, cantik merupakan sebuah komoditas dan tanpa disedari banyak wanita menjadi korban kecantikan.

namun tidak salah klu kita menjaga kecantikan untuk diri sendiri,tak perlu mengubah sesuatu yang telah diberikan oleh Allah.

renung-renubgkanlah.....jgn ada yang terasa hati dengan artikal saya ini...

buang yang keru ambil yang jernih.....

Friday, December 17, 2010

Hasrat Dengki

Hasrat Dengki.

Khas Buat Teman-TemanKu Dan Hindarilah Akan
Hasad Dengki

Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat
pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal
daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini
mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada
dirinya.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad
bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang
amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam
diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."

Dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca
dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang
disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di
sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada
orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang
melebihinya.

3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri
terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan
seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia
dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam.
Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang
mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba
merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya
apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah
untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad
dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan
olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu
tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila
disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya
menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak
lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka
hati.

Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad.
Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan
dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali
dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu
menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati)
kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap
malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

renung-renungkanlah...adakah kita bergitu juga?.....fikirkan sendiri...!!!!!!!!!!

Monday, December 13, 2010

15 Fakta Menarik Tentang Senyuman

Jom Kita Lihat.......................

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Wednesday, December 8, 2010

cerita...punya cerita.....di awal muharam

salam..
wahhhhh...lama dah tak coretan kat sini..mana tak bz sangat berapa hari ini..kesana sini...yeahlah tahu2 ajelah musim kahwin...dah start dah..baru2 ini kazen ku c bibi dah bertunang.
lepas aje acara bertunang c bibi,kami terus p kk pasal mak n abah nak buat kenduri kesyukuran kat rumah kk pula...
waduh2....penatnya tp best juga enjoy bersama keluarga...
sampai kk aje...semua ada....
...nak di jadikan cerita abg mizi n kak dah ada anak ke 2...selamat melahirkan anak di hospital likas kk...hehehe jadi org sabahlah pula...tak apa yang penting semua selamat...berat juga baby itu 3.4kg...wahhhhh bestnya...klu aku tak keguguran hari itu mungkin dah sama dgn kak..pasal duet hari aku bersalin 7/12 juga gam2 awal muharam.....tapi bukan rezeki kan...taklah ada makna semua itu...sabar aje...mesti ada hikmah...
hari selasa itu balik sandakan pula.....tak blh lama2 kat sana pasal suami ku kejalah pula...
ini tgh tunggu keluarga dr tawau dtg sandakan......biasalah cuti sekolah...meriahlah lagi...
tak putus2..ada aje acara kan..bestnya...ini nak tunggu baby zakwan dtg sdk.....

Saturday, November 27, 2010

Pengantin Dan Baju....


salam...



Pada hari ini genap usia berkahwinan aku setahun...dan dijadikan cerita sepatutnya aku dah ada anak namun rezeki belum ada lagi aku mengalami keguguran..sedih pula ingat.Oklah cerita hari ini,Pasal kahwin..hehehe...di akhir tahun ini tibalah musim kahwin antara musim yang meriah sekali setiap tahun mana tak meriah semua dapat kumpul yeahlah kena lagi cuti sekolah time musim cuti sekolah ni memang banyak majlis dan undangan perkahwinan di merata-rata tempat, masyarakat kita mengambil peluang cuti sekolah untuk mengadakan majlis kenduri. Mungkin faktor kemeriahan dan kelapangan sanak keluarga menyebabkan sesi cuti sekolah menjadi waktu pilihan untuk mengadakan kenduri-kendara.,apabila musim kahwin..banyaklah kad berkunjung tiba kat umah,kad yang datang pun bermacam2 warna dan design.....itu belum lagi majlis kahwin mungkin lagi meriah kan....

kahwin ini sebenarnya bagus juga pasal dari kita bercinta aje baik kahwin aje pasal lepas aje nikah, lepas tu baru kahwin. Masa saksi sebut ‘SAH’ tu, menangis syaitan dan iblis woo.. menangis para syaitan dan iblis sebab tak dapat nak goda lagi..

Hakikatnya perkahwinan itu adalah satu perkara yang amat besar maknanya.. selain dari nak halalkan ‘benda’ yang haram tu, perkahwinan ni adalah juga di tuntut di dalam Islam,So kepada sapa-sapa yang baca ni elok lah cepat-cepat cari pasangan. berkahwin lah semoga berkekalan hingga hujung nyawa.

Kepada yang berkahwin hari ni, atau dalam masa terdekat ni, Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.




Sunday, November 21, 2010

Tidur Di Siang Hari....baik atau buruk?


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Friday, October 22, 2010

Nak Bentuk Muka Yang Cantik

Tips merampingkan bentuk wajah

Bentuk rahang yang menonjol dapat menjadikan wajah terlihat kurang sempurna. Selain trik make up, warna dan styling rambut juga dapat mengalihkan fokus tersebut sehingga wajah terlihat lebih tirus dan segar. Berikut tips yang dapat kami berikan:

Kuning : Highlight
Hijau : Blusher
Coklat : Contouring

Bentuk Muka Bulat

Bentuk Muka Segi Empat

Bentuk Muka Pear

Bentuk Muka Bujur

Bentuk Muka Panjang

Bentuk Muka Heart

Ramai sgt yg nak tau psl shading..mana nak pakai blusher...so ni tips2 yg aku dpt tunjukkan...sbb kalau aku nak buat kat model, jenuh jugak nak cari semua bentuk muka kat atas tu kan...

  1. Apabila Anda memiliki dagu lancip yang indah namun tulang rahang menonjol pastinya menjadikan wajah terkesan "keras" dan lebar. Untuk itu, setelah pemakaian foundation yang senada dengan rona wajah, foundation yang lebih tua diulaskan pada bagian rahang dan pipi yang "penuh". Kemudian pilih foundation padat untuk pembauran dan daya tutup yang baik. Lalu alas bedak disempurnakan dengan bedak padat. Sebelumnya, apabila ada untuk kantung mata dan noda bekas jerawat sudah ditutup dengan concealer.
  2. Pemberian bayangan pada tulang pipi diperlukan agar bentuk wajah terlihat lebih tirus. Dan agar bentuk hidung terlihat lebih tinggi, sebaiknya shading juga diberikan pada sisi kiri dan kanan serta cuping hidung.
  3. Apabila Anda memiliki alis yang lebat dan sudah terbentuk, cukup rapikan dengan pensil alis warna coklat.
  4. Apabila Anda memiliki mata yang tidak simetris, dimana mata kanan lebih kecil bentuknya daripada mata kiri atau sebaliknya. Koreksi dapat dilakukan dengan membingkai mata menggunakan eyeliner yang lebih tebal pada bagian atas. Mascara dan bulu mata palsu juga dapat mendorong mata menjadi lebih besar bentuknya. Agar terlihat lebih segar, highlight putih diberikan di sekitar mata, seperti di bawah kantung mata dan bagian luar pangkal mata.
  5. Untuk rambut, rambut dapat diwanai dengan warna dasar coklat, namun pada bagian top crown di highlight dengan warna light copper. Setelah itu rambut dipangkas dengan guntingan kombinasi increase layer dan uniformly layer dan diciptakan poni untuk mengalihkan kesan "keras" pada wajah Anda.

Hal ini juga berlaku untuk pipi yang chubby atau bentuk wajah bulat telur. Cukup beri sapuan bedak berwarna putih atau transparan yang mengandung butiran mutiara pada dahi, tulang hidung, di bawah mata dan di bawah dagu. Dengan cara ini akan memberikan kesan "garis" vertikal pada wajah. Garis ini dapat Anda pertegas dengan mebubuhkan lipgloss yang mengilapkan bibir.

Lipstik N Warna Kulit

Memilih warna lipstick yang sesuai dengan warna kulit

Terkadang kita cenderung mencocokkan warna lipstick dengan warna busana yang kita kenakan. Tidak sepenuhnya salah memang, namun sebaiknya warna kulit wajah juga harus Anda harus pertimbangkan dengan baik. Berikut contoh warna yang mungkin cocok dengan warna kulit Anda.

Untuk kulit putih

  • Nuansa merah : Untuk yang berkulit putih sebaiknya menghindari nuansa merah yang berona oranye, karena akan membuat kulit Anda terlihat kusam. Warna merah yang lembut dengan rona berry atau anggur dapat Anda gunakan, demikian pula dengan merah muda ataupun nude.

  • Nuansa coklat : Nuansa coklat dapt Anda pakai untuk sore dan malam hari, namun pilihlah yang berona moka atau merah. Warna coklat yang bernada dasar kuning oranye juga membuat kulit wajah terlihat kusam.

  • Nuansa merah jambu : Merah jambu akan cocok sekali untuk digunakan pada kulit yang putih. Semua nuansa merah jambu dari yang paling pucat, rose, shimmer dan bernada keemasan dapat Anda gunakan. Hanya saja, hindari warna pink yang mencolok, karena akan membuat kulit wajah Anda terlihat lebih pucat.

Untuk kulit sedang

  • Nuansa merah : Lipstik bernuansa merah dapat Anda gunakan, namun pilihlah merah agak tua. Anda dapat mengenakan warna merah dengan nada dasar biru agar kulit wajah Anda terlihat lebih terang. Atau warna merah dengan nada dasar coklat agar wajah terlihat lebih hangat.

  • Nuansa coklat : Hindari warna coklat yang terlalu muda atau pucat, karena dapat membuat wana kulit menjadi kusam. Anda dapat memilih warna karamel tua, coklat dengan rona pink atau kuning, semuanya dalam rona yang lebih tua atau lebih matang.

  • Nuansa merah jambu : Anda dapat memilih nuansa merah jambu yang lebih tua dan cenderung hangat. Cobalah merah jambu kecoklatan atau cenderung nude, karena lebih cocok daripada merah jambu uang bernada dasar biru.

Untuk kulit sawo matang

  • Nuansa merah : Nuansa merah yang dapat Anda pilih adalah yang bernada dasar coklat, berry ataupun merah yang lebih tua. Hindari yang merah yang cenderung oranye ataupun merah jambu, karena akan membuat wajah terlihat lebih gelap.

  • Nuansa coklat : Pilihlah warna coklat kemerahan, seperti warna merah marun. Untuk alternative, Anda juga dapat meilih warna coklat yang gelap seperti warna kopi, toffee atau cokelat.
  • Nuansa merah jambu : Kulit sawo matang juga dpat mengenakan warna merah jambu, asalkan Anda memilih nuansa yang cenderung gelap. Warna berry, rose dan plum muda dapat Anda pilih untuk warna kulit sawo matang. Gunakan nada dasar yang cenderung kekuningan dan hindari yang bernada dasar biru atau dingin.


Untuk kulit hitam

  • Nuansa merah : Hindari merah yang cenderung oranye atau pink dan gunakanlah nuansa merah yang bernada dasar kebiruan atau lebih tua. Misalnya warna merah mahogany, plum gelap serta merah wine.

  • Nuansa coklat : Hampir semua nuansa kecoklatan cocok digunakan untuk Anda yang berkulit gelap. Cobalah nuansa coklat yang muda untuk kesan ringan dan gunakan yang lebih tua seperti warna kopi untuk kesan yang lebih dramatis.
  • Nuansa merah jambu : Meskipun berkulit gelap, warna pink yang muda dan tipis dapat Anda coba. Pilihlah nuansa berry, rose atau plum. Atau pilih warna pink nude yang cenderung beige.

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi

salam...


wah..bulan puasa dah lepas..bulan raya pun dah lepas..sekarang nak tiba bulan haji dah...
marilah kita doakan semoga umat2 islam yang mengerjakan haji dlm keadaan sihat n selamat..terutama aku doakan mak cik aku "TUA"..itu panggilan dari aku dan adik beradik aku panggil...nama dia Puan Asmah Hj Hassan....semoga TUA dlm keadaan yang sihat n selamat..amin

Petua menawan hati suami

SUAMI......



Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (jika suami dalam mood yang sesuai)

Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk. Masak resepi ibu mertua (kegemaran suami) sekali-sekala.

Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya)

Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian)

Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh)

Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya.

Jangan menyuruh-nyuruh gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.). Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?”

Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dpakai.

Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: – tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.

Tolong suami buat kerja dia di rumah.- cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.

Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.

Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala.

Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau ” pulangkan paku buah keras “.

Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

Layan suami sepertimana kita melayannya semasa baru2 kenal.

Saturday, September 25, 2010

SYUKUR


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam semua...

hi,selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua...
wah, bulan puasa dah pun berlalu...sekarang dah masuk bulan syawal tak sangka masa cepat berlalu..bulan puasa yang lalu banyak dugaanku,mcm2.... mana lagi aku sakit...mana lagi tempahan serunding popia...tp syukurlah semua tempahan dapat dibuat biarpun aku sakit time itu...lumayan juga aku dapat bolehlah beli baju raya,kasut n mcm2 bestnya dapat shopping..."gembira rasanya hati dapat shopping sepuas hati"hehehe.Nak di jadikan cerita tahun ini tahun pertama kali beraya dengan suamiku...tahun ini aku balik raya di umah suamiku kat tawau..best juga jumpa saudara mara sebelah suami semua pun spoting...
Hari raya ke 4 barulah aku n suamiku ke sandakan beraya sebelah familyku...my family dara 1 september hingga 13 september kat KL n Terengganu raya kat sana...itulah pasal aku balik raya ke 4.Kami bertolak jam 1 pm sampai sandakan Malam dah,sampai aje umah ambil mak kat airport...wah shopping sakan diorg kalah aku...mak n adik ku ini kuat shopping lebih kurang mcm aku juga hehehehe...kat sandakan raya sakan lagi p umah saudara mara n buat uamh terbuka...bestnya dapat jumpa namun aku hanya dapat beraya selama 3 hari saja kat sandakan pasal nak turun kk lagi...suamiku nak turun kk jumpa familynya,nak hantar adik iparku c ella ke KL...dari airport KK.
selama kat KK jalan aje kerja kami...mak mentua itu lebih kurang mcm aku juga kuat window shopping n shopping tak sangka pula sama citarasa...tp nak dijadikan cerita sekuat2ku shopping kuat lagi mak mentua aku hehehe "Tabiklah"tapi best jugakan sama citarasa...aku bersyukur kerana family suamiku semuanya bagus n spoting...adik2nya pun semua baik2 n best sgt...tq to u all terima akak sebahagian family kamu...(hehehe puji skit itu).oklah banyak pula cerita aku ini....wsalam

Tuesday, August 10, 2010

bulan puasa


salam

Wah dah masuk bulan puasa dah..hari ini adalah puasa pertama,mudah2an semuanya ok.banyak berita gembira mendantang..suamiku dah dapat keja..bisnesku pula makin ok, makin bertambah tambah takut aje tak menang tangan ini...wah blhlah shopping untuk raya nanti..
bertambah2 rambanglah mata ini...hehehe




Tuesday, July 27, 2010

Malam yang sepi

Malam yang sepi..pi...pi pak amat jual topi..


hehehe ingat pula lagu ini..dulu2 masa kecil selalu nanyi lagu ini sambil tangan itu bergerak...
sekarang dah besar nanyikan untuk anak buah pula....adui penat juga nanyi..nak dinanyikan balik2 bah...tp syok juga.
Tiba2 ingat lagu ini,mcm syok kan...mcm riang saja hati ini biar pun banyak masalah yang melanda bah...tp endak apa biar hati kita senang sekejap masalah akan terlupa sekejap juga...hehe hanya aku yang tahu maksudnya..
ai banyak betul difikirkan bila dah dewasa ini...ingat best jd dewasa ini,rupa lagi best jadi budak2..tp memang ginalah kehidupan yang kecil akan menjadi besar...bila dah besar akan kecut.

Wednesday, July 21, 2010

Lama ku Lupakan Mu

salam...
wah lamanya meninggalkan blog ku ini..hehehe lama tak bercerita disini..apa yeah aku nak taip ini....mmmmmmmmmmm..oklah pasal hari inilah,apa yang aku buat kat umah...hari ini duduk umah mcm hari2 yang biasa...skg dah sihat dr peristiwa yang pahit dlm hidup ku....tp tak apa benda dah berlalu...bukan rezeki namanya...endak lama lagi nak puasa...ini tgh start dah buat popia serunding udang n daging...untuk tempahan raya nanti...sakit juga pinggang tp untuk cari duit raya ini,demi duit ku sanggup juga.so siapa2 nak beli popia aku blhlah buat tempahan cepat...hehee...murah aje...hehehe...

Thursday, June 10, 2010

hey Ladies....jom belajar Basic Makeup......

Monday, June 7, 2010

Genius Bukan Penghalang Hidup?


Genius anugerah Tuhan, tapi kita harus faham as a Islam brotherhood need help and support our Islam humanity. Pelik dunia akhir zaman jadi genius susah jadi tolol lagi susah. Ingatlah semua itu adalah ujian. Kita memang rasa kesian apa yang menimpa pada Sufiah. Tapi kita harus alert that banyak remaja kita terbabas macam Sufiah juga. Adakah itu maniac, scizo. bipolar? Tepuk dada tanya Iman. Kita perlu kuatkan azam perbetul yang ada di hadapan mata. Berapa ramai lagi pelajar universiti pergi clubbing, minum arak then jadi pelacur. Think properly. Sufiah dan anda, malah kita semua harus ambil perhatian ke mana hala yang kita hendak layarkan?

Mungkin anda sependapat dan sebulu dengan penulis, supaya stesen televisyen kita bukan sekadar highlight pada kegeniusan para ilmuwan Islam terdahulu, tetapi cuba perhatikan juga, bagaimana mereka menggabungkan keupayaan mental, hubungan dengan Pencipta dan hubungan sosial dengan masyarakat yang menjadikan mereka berjaya. Ini, agar menjadi iktibar untuk kita semua.

Malah jauh benar dari genius. Hanya satu jalan yang dirintis yang diberi oleh Tuhan;

"Genius is not merely in academic field yet it is also including emotionally, sporitually and intelectually well balance together"

Sunday, June 6, 2010

Petua Kecantikan wanita

Petua kempiskan perut


Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..
AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...



Mengatasi kelemumur


Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.



Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar


Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.



Tumit Pecah-Pecah


Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.


Mata Anak bersinar

Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.

Limau Nipis Cantikkan Badan


Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.


Hilangkan Bau Kaki


Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.



Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa



Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.

Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah kahwin usia dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?

Friday, May 21, 2010

Wanita unsur Tanah,Api,Angin dan Air

Rahsia Wanita unsur Tanah,Api,Angin dan Air

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
Air – kedua, keenam, kesepuluh
Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin – keempat, kelapan, kedua-belas


WANITA BERUNSUR TANAH

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

WANITA BERUNSUR AIR

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

WANITA BERUNSUR API

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
- Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat yang baik kepada suami.
- Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

WANITA BERUNSUR ANGIN

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
- Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 Apr – 20 May), Virgo (24 Aug – 23 Sept) dan Capricon (22 Dec – 20 Jan)

Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac – 20 Apr), Leo (24 Jul – 23 Aug) dan Sagittarius (23 Nov – 21 Dec)

Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 May – 21 Jun), Libra (24 Sept – 23 Oct) dan Aquarius (21 Jan – 19 Feb)

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air dilahirkan di bawah zodiak Cancer (22 Jun – 23 Jul), Scorpio (24 Oct – 22 Nov) dan Pisces (20 Feb – 20 Mac)

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Personaliti Melalui Kuku

Rahsia Personaliti Melalui Kuku


Kuku yang baik, rapi dan indah – Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.


Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat – Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit – Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata – Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing – Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning – Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun – Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing -
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

Bentuk kuku besar dan banyak garisan – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) – Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.

Bentuk kuku seperti kikir – Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam – Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Tuesday, May 11, 2010

Ciri-ciri islam

Petua Mendapat Pasangan

Antara Ciri-Ciri mencari pasangan yang sesuai untuk kita......

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

Ciri-Ciri Menjadi Sahabat Baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


p/s: Sebagai remaja yang jauh daripada pandangan ibu bapa, berhati-hatilah dalam memilih kawan.Kawan boleh membahagiakan kita tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.