Hi,td balek2 FB n blog...jumpa 2 blog yang best ini..bayak info fesyen..best tgk wanita bertudung skg ini semakin bergaya n ranggi....
itu aje nak bg tahu...ok bye..

1. Aplikasi mekap pada kulit yang kering. Maksudnya, jangan terus sapukan bedak asas sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi. Lapkan muka terlebih dahulu atau sebaik-baiknya, biarkan air mandian tersebut kering sendiri.
2. Seelok-eloknya, anda lakukan dahulu aktiviti wajib seperti bersarapan atau menggosok baju, kemudian berulah mengenakan solekan. Jika tidak, solekan anda akan tak menentu selepas makan atau tercalit pada baju ketika ingin menyarungkannya.
3. Kulit pada cuaca panas memerlukan lebih mineral dan lembapan. Untuk mengekalkan bedak asas dan solekan supaya kelihatan segar, sapukan pelembap terlebih dahulu, sebelum mengenakan bedak asas supaya ia lebih tahan lama.
4. Pilih pelembab yang anti kilau dan mampu menyerap minyak. Gunakan pelembap bertekstur lebih ringan seperti losen atau gel berbanding krim.
5. gunakan bedak asas debu berbanding bedak asas cecair kerana bedak asa cecair cenderung luntur dan berkilau pada suhu panas ekoran daripada kandungan minyaknya lebih tinggi berbanding bedak asas debu.
6. Elakkan melapisi bedak asas terlalu tebal kerana ia akan lebih kelihatan ketika cuaca panas sehingga anda akan tampak janggal. Gunakan berus khas bagi bedak asas untuk sapuan lebih nipis dan sekata.
7. Jika anda berpeluh, gunakan kertas penyerap minyak tanpa bedak untuk menyerap peluh kerana ia tidak merosakkan solekan. Caranya ialah dengan menekap kertas tersebut pada muka secara perlahan-lahan, bukan menggosok.
8. Rapikan solekan dengan bedak debu (loose powder) untuk touch up. Jauhi bedak padat (pressed powder) kerana ia cenderung untuk bergumpal apabila muka mula berpeluh.


Apa kata ikuti tips yang boleh di kongsikan bersama :
Bagi mereka yang mempunyai hidung kurang mancung…..anda masih lagi boleh kelihatan cantik dengan
Kesan hidung “mancung” boleh dilakkan dengan menggunakan pemerah pipi berwarna matte, coklat muda dan warna keemasan. Sapukan eyeshadow brwarna putih di bahagian tengah hidung sehingga kelihatan mancung
WAJAH BULAT DAN LEBAR
Anda masih boleh merampingkan wajah anda dengan menggunakan pemerah pipi berwarna gelap atau bedak keemasan untuk dijadikan shading pada bahagian muka dan garis rahang. Warna matte terlihat lebih natural . Penonjolan tulang pipi dilakukan dengan cara mengaplikasikan shading bedak wajah yang warnanya 4x lebih gelap dari warna kulit asli. Gunakan di bawah tulang pipi.Bentuk rahang yang menonjol dapat menjadikan wajah terlihat kurang sempurna. Selain trik make up, warna dan styling rambut juga dapat mengalihkan fokus tersebut sehingga wajah terlihat lebih tirus dan segar. Berikut tips yang dapat kami berikan:
Bentuk Muka Bulat
Bentuk Muka Segi Empat

Bentuk Muka Pear

Bentuk Muka Bujur

Bentuk Muka Panjang

Bentuk Muka Heart
Ramai sgt yg nak tau psl shading..mana nak pakai blusher...so ni tips2 yg aku dpt tunjukkan...sbb kalau aku nak buat kat model, jenuh jugak nak cari semua bentuk muka kat atas tu kan...
Hal ini juga berlaku untuk pipi yang chubby atau bentuk wajah bulat telur. Cukup beri sapuan bedak berwarna putih atau transparan yang mengandung butiran mutiara pada dahi, tulang hidung, di bawah mata dan di bawah dagu. Dengan cara ini akan memberikan kesan "garis" vertikal pada wajah. Garis ini dapat Anda pertegas dengan mebubuhkan lipgloss yang mengilapkan bibir.
Terkadang kita cenderung mencocokkan warna lipstick dengan warna busana yang kita kenakan. Tidak sepenuhnya salah memang, namun sebaiknya warna kulit wajah juga harus Anda harus pertimbangkan dengan baik. Berikut contoh warna yang mungkin cocok dengan warna kulit Anda.
Untuk kulit putih
Untuk kulit sedang
Untuk kulit sawo matang
Untuk kulit hitam
Petua kempiskan perut
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...
Mengatasi kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar
Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.
Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.
Mata Anak bersinar
Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.
Hilangkan Bau Kaki
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.


Kalis Air.
Copyright © 2010 Annur Hati | Blogger Templates by Splashy Templates