"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..Terutama sekali kepada ibu aku, Laila Hj Hassan, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku..Tidak lupa juga kepada ibu mertuaku Asiah Hj. Ibrahim kerana melayan aku seperti anak sendiri.. Untuk semua, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan aku sempena hari ibu ini..
Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

0 comments: