"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Friday, May 7, 2010

Kebaikan Oatmeal



Beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa disebabkan kelarutan fibernya yang tinggi maka pengambilan oatmeal sehari boleh membantu menurunkan kolesterol darah dan menurunkan risiko penyakit jantung.

Kajian yang diketuai oleh pakar nutrisi Mohsen Meydani dari Universiti Tufts di Boston juga menunjukkan bahawa avenanthramida iaitu molekul antioksidan dalam oat, menghalang kemampuan kolesterol untuk melekat pada dinding arteri, sehingga mencegah pembentukan plak yang menyempitkan laluan di mana darah mengalir dan membahayakan kesihatan jantung.

Meydani dan rakan-rakan kini menyediakan indikasi tambahan terhadap faedah potensi kesihatan pada pengambilan oat dalam mencegah penyakit jantung koronari disamping efek yang telah diketahui menurunkan kolesterol darah.

Keradangan kronik di dalam dinding arteri adalah sebahagian dari proses yang akhirnya menjurus kepada gangguan yang dipanggil artherosklerosis. Artherosklerosis adalah keadaan di mana bahan berlemak terkumpul disepanjang dinding arteri. Bahan berlemak ini akan menebal, mengeras (membentuk pengumpulan kalsium) dan akhirnya boleh menyekat arteri.

Penemuan mereka mencadangkan bahawa avenanthramida pada oat menurunkan ekspresi proinflamatori sitokin. Sitokin adalah protien kecil yang dilepaskan oleh sel semasa proses melindung dan membaiki tisu. Sesetengahnya mencetuskan keradangan, contohnya semasa tindakbalas terhadap infeksi.

Mencegah keradangan melalui diet, ubat atau nutrien memberi faedah yang baik dalam mencegah arterosklerosis.

Kajian ini membantu meningkatkan reputasi oat sebagai makanan sihat untuk jantung.

0 comments: