"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Wednesday, July 27, 2011

Bulan Ramadhan dah Tiba

Bulan Ramadhan dah Tiba...



Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki keistimewaan dan kemuliaan yang sangat banyak. Bulan diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk ummat manusia. Dalamnya terdapat satu malam iaitu Lailatul Qadar, beribadah pada malamnya lebih baik dari seribu bulan.

Jihad merupakan puncak tarbiyah dan amaliyah Islam dan para pelakunya akan menepati tingkatan yang paling tinggi di Syurga, sebagaimana mereka juga mendapatkan darjat yang mulia di dunia.
Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu membangun ekonomi Islam, membangun sistem hidup Islam, membangun pendidikan Islam, membangun kebudayaan Islam, membangun kesihatan Islam, berperang jika terpaksa dan lain-lain. Walau bagaimanapun Rasulullah S.A.W sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." [Riwayat al-Baihaqi]
Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan suatu peperangan, suatu perjuangan atau suatu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tetapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.
Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati, tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.
Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.
artikel by i lov islam

Thursday, June 23, 2011

salam satu malaysia

salam satu malaysia..

lama dah tak edit blog..rindu pula..tahu2 ajelah bz memanjang....dah lah musim kahwin memanjang aje cuti sekolah hari itu..mana lagi bisnes buat kuih untk raya akan tiba...tak menang tangan dibuatnya..nasiblah ada suami yang membantu...sayang hubby..hehehe...

baru2 ini pula uncleku baru aje meninggal..pasal sakit...kesian kat mak cik ku tingal seorg2 kat umah..rumahtangga diorang hanya 7 tahun aje bertahan sedih sgt...jd untuk sesiapa yang membaca blogku ini minta sedekahkan lah AL-FATIHAH agar rohnya berada di tempat org2 yang beriman..AMIN...

oklah cerita pasal musim kahwin itu adalah gambar2 yang sempat ku posing...
untuk ditatap bersama..hehehe


selamat pengantin baru aman & linda..(pengantin lelaki malu2)
ini kat dewan

Bersama2 kazen ku..

budak kecil yang nak menari tapi malu2 (my Aling)

Antara barisan ibu & bakal ibu....amin

di rumah penagntin lelaki...



Thursday, June 9, 2011

solekan cair ketika cuaca panas


Tidak kepada solekan cair ketika cuaca panas




Tips yang diberikan adalah untuk kebaikan. Kali ini kami menyediakan tips 8 Cara Elak Solekan Cair Ketika Cuaca Panas;

1. Aplikasi mekap pada kulit yang kering. Maksudnya, jangan terus sapukan bedak asas sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi. Lapkan muka terlebih dahulu atau sebaik-baiknya, biarkan air mandian tersebut kering sendiri.

2. Seelok-eloknya, anda lakukan dahulu aktiviti wajib seperti bersarapan atau menggosok baju, kemudian berulah mengenakan solekan. Jika tidak, solekan anda akan tak menentu selepas makan atau tercalit pada baju ketika ingin menyarungkannya.

3. Kulit pada cuaca panas memerlukan lebih mineral dan lembapan. Untuk mengekalkan bedak asas dan solekan supaya kelihatan segar, sapukan pelembap terlebih dahulu, sebelum mengenakan bedak asas supaya ia lebih tahan lama.

4. Pilih pelembab yang anti kilau dan mampu menyerap minyak. Gunakan pelembap bertekstur lebih ringan seperti losen atau gel berbanding krim.

5. gunakan bedak asas debu berbanding bedak asas cecair kerana bedak asa cecair cenderung luntur dan berkilau pada suhu panas ekoran daripada kandungan minyaknya lebih tinggi berbanding bedak asas debu.

6. Elakkan melapisi bedak asas terlalu tebal kerana ia akan lebih kelihatan ketika cuaca panas sehingga anda akan tampak janggal. Gunakan berus khas bagi bedak asas untuk sapuan lebih nipis dan sekata.

7. Jika anda berpeluh, gunakan kertas penyerap minyak tanpa bedak untuk menyerap peluh kerana ia tidak merosakkan solekan. Caranya ialah dengan menekap kertas tersebut pada muka secara perlahan-lahan, bukan menggosok.

8. Rapikan solekan dengan bedak debu (loose powder) untuk touch up. Jauhi bedak padat (pressed powder) kerana ia cenderung untuk bergumpal apabila muka mula berpeluh.