"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Thursday, January 20, 2011

Teknik solekan memancungkan hidung dan merampingkan pipi

Teknik solekan memancungkan hidung dan merampingkan pipi

Tidak perlu membuat pembedahan di bahagian-bahagian yang di rasakan kurang sempurna. Solekan juga mampu mengubahnya.

Apa kata ikuti tips yang boleh di kongsikan bersama :

Bagi mereka yang mempunyai hidung kurang mancung…..anda masih lagi boleh kelihatan cantik dengan

Kesan hidung “mancung” boleh dilakkan dengan menggunakan pemerah pipi berwarna matte, coklat muda dan warna keemasan. Sapukan eyeshadow brwarna putih di bahagian tengah hidung sehingga kelihatan mancung

WAJAH BULAT DAN LEBAR

Anda masih boleh merampingkan wajah anda dengan menggunakan pemerah pipi berwarna gelap atau bedak keemasan untuk dijadikan shading pada bahagian muka dan garis rahang. Warna matte terlihat lebih natural . Penonjolan tulang pipi dilakukan dengan cara mengaplikasikan shading bedak wajah yang warnanya 4x lebih gelap dari warna kulit asli. Gunakan di bawah tulang pipi.

-Teknik SHADING hidung untuk memancungkan hidung, SHADING tulang pipi untuk menaikkan tulang pipi seRta SHADING tulang rahang untuk meniruskan wajah. pun penting juga

selamat mencuba....

Nak solekan mata besar

Nak Solekan MATA BESAR......


Tips yang saya berikan pada anda....tapi tak tahulah betul atau tak..baru aje berjinak2 dengan solekan ini...hehehe

1. Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.



2. Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.

3. Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.

4. Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.

5. Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.



Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau.


Selamat mencuba!

Storyku di Blog

STORY BLOG.....

lama tak sentuh blog aku ini...apa cerita yeah..oh yeah..ini cerita pasal gigiku ini,nak cabut gigi tapi takut sangat kat doktor gigi,hari2 pun berdoa kuatkan semangat supaya berani cabut gigi..dengar cerita sakit gila cabut gigi....BETULKAH?..hehehe susah nak makan.....
Tp bikin geram juga gigi ku ini..kan bagus klu gigi ini cabut sendiri tak payah susah2 p jumpa doktor gigi....hehehe tapi gigi gerham tercabut sendiri mustahillah kan...eeeeeeeeeeeeee


GIGI....kenapalah ko sakit..............sampai sakit kepala..



* tapi nampaknya mahu tak mahu kena kuatkan semangat p cabut juga.......

.... : ).....