"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Tuesday, March 4, 2014

JODOH

Salam,

Hi,dengan wajah baru....lama dah tak update blog,gitu2 aje kesian blog kita. 

Oh yah cerita pasal update blog...baru saya perasaan..rupa2nya tahun lalu 2013 hanya 5 post aje aku update..nampak sgt bz tahun itu..yeahlah mana tak bz,time itu mengandung jd byk kali kena p klinik kena2  hb tinggi..so dlm 1 week kita p klinik n pakar..adui letih juga klu dingat balik,itu yg blog jadi terbiar..

Ok back to tajuk utama itu JODOH..
Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Jodoh,kita tak tahu dgn siapa jodoh kita...n kita tak sangka jodoh kita dgn org itu..sdgkan kita pernah berkawan atau benci org itu...Macam aku, aku tak sangka Jodohku dengan suamiku (Ahmad Shaiful )...
aku jumpa suamiku time belajar kat U,kami satu jurusan...masing2 tak berpandang...siap berkutu sakan lagi,pernah suami kutu kita gelap,mana tak gelap main bola jaring di tghari,gitu juga aku macam2 aku kutu suami...hehehe. Time itu suami memang tak pandang yeah akukan rock sikit n time itu dah ada bf..jd konon setialah,Tapi bezanya suami ku time itu tak ada gf pula tp klu perminat jgn ckplah memang banyak..tahu2lah org ada rupa,so jd rebutan perempuan U...Ok cerita sikit pasal bf kita time itu,kami kawan mahu 7 tahun tp namanya bukan jodoh.

Ok,nak di jdkan cerita kami start kenal time lakonan teater English...time itu satu group,dia (suami ) antara pelakon utama dan aku just urusetia aje.Disitulah detik bermulanya bibit2 cintalah konon..hehehe,
Dia (suami ) yang start dulu hin hin kita...tp time itu tak berapa layan yeahlah ada bf, Tp lama2 entah kenapa rasa kesian kat dia (suami ),tp kita dah bg tahu kita ada bf kat dia ( suami ),Dia (suami ) faham and ckp just kawan aje tak lebih..ok kita terimalah..Time kawan2 dgn Dia ( suami ),kita tgk gaya dia ( suami ) sgt baik n nampak sgt ambil berat kat kita dan kebetulan pula ada kerisis dgn bf itu yang buat kita pandang kat dia
( suami ).Kami start kawan sem 3 tahun ke 2,Lepas itu,kami ambil keputusan tunang sem akhir kejap ajekan....dr kawan terus tunang n kami kawin tahun 2009...Now,kami still bahagia bersama 2 cahayamata kami Ahmad Rafie Daniel (2 tahun) dan Annur Qamareena (3 bln).Bergitu kisah kami...

Bila kita fikir kembali, begitu cantik aturan Allah. Kita merancang, Dia juga merancang tetapi yang terbaik itu dari Dia.Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.


Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..
 
 

( suami yg baik bg tido anak..hehehe)

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.


0 comments: