"Seorang Isteri, Mak, Suri Rumah dan Grafik Design diRumah sepenuh masa..:-)"

Monday, March 21, 2011

Mengandung + Alahan Bagaimana atasinya?

Mengandung + Alahan Bagaimana atasinya?


Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
P.S: Bagi sesiapa yang ingin berkongsi cara berkesan mereka mengatasi alahan semasa mengandung, adalah sangat dialu-alukan!dipersilakan untuk menggunakan ruangan komen dibawah:

Friday, March 18, 2011

PETANDA ATAU KESEDARAN UNTUK KITA?

PETANDA ATAU KESEDARAN UNTUK KITA?

Kedatangan tahun baru 2011 banyak disambut dengan suka cita dan harapan baru akan kehidupan yang lebih baik. Semua orang tentu ingin keadaannya makin lama makin baik, namun apa yang terjadi tidak selalu sesuai dengan apa yang kita harapkan. Bahkan, bencana kadang datang tanpa kita undang.

oleh itulah, tidak ada salahnya bila mengingatkan agar selalu waspada dalam apa juga mendatang bencana alam. Kita tahu,Negara Jiran kita Indonesia termasuk dalam daerah rawan bencana yang dikenal dengan kawasan cincin api (ring of fire). Dan tahun 2011 ini, bencana alam di Indonesia dikirakan akan makin meningkat.

Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), bencana hidrometerologi khususnya banjir, banjir lumpur, tanah runtuh dan puting beliung akan meningkat di tahun 2011 kerana adanya anomali cuaca. Berdasarkan perkiraan dari berbagai lembaga meteorologi terkemuka dunia seperti NOAA, Jamstec, BoM dan BMKG, curah hujan di Malaysia akan terjadi di atas normal hingga Maret 2011. Indikasi menguatnya La Nina, Dipole Mode dan kenaikan air laut di perairan Malaysia menyebabkan paras air di atmosfer melimpah sehingga di atas normal.

Untuk bencana geologi, khususnya gempa bumi, tsunami dan gunung meletus belum dapat diprediksikan secara pasti. Kemampuan ilmu pengetahuan dan teknologi saat ini belum dapat memprediksikan secara tepat bila ia meletus, berapa besar dan dimana kejadian gempa dan tsunami akan terjadi. Namun, kesiapan harus terus ditingkatkan kerana wilayah negara jiran kita Indonesia adalah kawasan rawan gempa dan tsunami.

kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.

Buat Rakyat Jepun & Rakyat malaysia kita doakan semuanya selamat...

Tuesday, March 15, 2011

Badanku sakit tp hatiku gembira

BADANKU SAKIT TAPI KU GEMBIRA


salam..
lama tak jenuk blog aku ini...
berapa hari ini badan tak berapa sihat... biar pun sensara diri ini namun aku gembira kerana akhirnya aku berbadan dua juga....hehehe syukur kepada Allah s.a.w

untuk kali ini aku mengandung kali ke -2 teruk sangat tak mcm yang pertama....sensara sangat...sampai suami aku pun kena jangkitanku...kesian kat dia kena cuti 2 hari pasal demam...kesian sangat...

sedangkan skg ini pun badan aku tak berapa sihat,makan pun dah pandai memilih....AYAM langsung tak boleh makan....mual saja...geli...kat ayam tgk pun dah nak muntah..entah kenapa...melampau sgt alahan ku ini..

kadang2 sakit juga hati memilih sgt....entah sampai bilalah aku gini...harap2 semuanya berakhir...

tapi aku bersyukur sgt.....ahkirnya....aku bakal menjadi ibu....amin mudah2 semuanya selamat amin...